Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


5 Jawatan Kosong Yayasan Pahang Bulan Ogos 2012

Jawatan Kosong Yayasan Pahang.

Tarikh tutup 30 Ogos 2012.

Yayasan Pahang dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Pahang bagi memenuhi misi, visi dan objektif penubuhan Yayasan Pahang:

1. Pegawai Tadbir ( Sumber Manusia)
2. Pegawai Tadbir (Pegawai Undang-undang)
3. Pegawai Tadbir (Junior Geologist)
4. Pegawai Tadbir (Komunikasi Korporat)
5. Pegawai Teknologi Maklumat

Cara membuat permohonan:
a) Borang Permohonan Jawatan Kosong dan syarat-syarat lantikan boleh didapati dengan memuat turun daripada laman web Yayasan Pahang di www.yp.org.my bermula 12 Ogos 2012.

b) Pemohon hanya dibenarkan memohon satu (1) jawatan sahaja berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

c) Pemohon-pemohon dikehendaki menulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

d) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos sebelum tarikh tutup pada 30 Ogos 2012 (Khamis) dengan dialamatkan kepada:

PENGURUS PENTADBIRAN,
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Iklan penuh boleh dibaca melalui pautan yang disertakan di bawah:


Borang permohonan boleh dimuaturun melalui pautan di bawah:


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!