Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, baca cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP17

Apabila berbual mengenai temuduga, beberapa kesilapan tanggapan berlaku dengan berleluasanya di kalangan calon-calon. Apakah kesilapan tersebut?

Anggapan calon bahawa soalan-soalan temuduga yang bakal dikemukakan oleh penemuduga adalah sama, sekata dan seragam untuk semua calon yang menduduki satu-satu temuduga. Ketahuilah bahawasanya anggapan ini adalah salah dan terpesong sama sekali! Perkara seumpama itu tidak pernah terjadi dan kemungkinan besar juga memang tidak akan terjadi di masa hadapan.

Situasi ini dapat digambarkan seperti berikut:

'Ada 3 orang calon yang baru lepas menduduki temuduga untuk jawatan X. Calon itu bernama encik A, cik B dan puan C. Soalan-soalan temuduga yang diajukan kepada encik A hanya SATU sahaja yang serupa dengan Puan C. Cik B pula lebih banyak disoal berkaitan isu-isu di luar konteks kerja untuk jawatan X.'

Sebelum kepada panduan temuduga yang akan dikongsikan kali ini, suka pihak kami membetulkan persepsi salah seperti ini. Persoalan pokok yang mesti dimengertikan ialah 'apakah tujuan atau fungsi sesi temuduga jawatan yang anda pohon itu dijalankan?' Tidak lain adalah untuk melihat sejauh mana kesesuaian calon untuk menyandang jawatan berkenaan kelak. Bagaimana pula pihak penemuduga melihat kualiti yang dikehendaki itu daripada calon? Sudah tentu dengan pengamatan dan perbualan. Mereka akan mengamati dan memerhatikan mimik wajah, kontak mata, gerak laku, bahasa badan dan postur tubuh anda. Di samping bertanya soalan kepada anda untuk meneliti kualiti intelektual dan berbual-bual mesra untuk menilai emosi dan pandangan peribadi anda. Inilah yang menjadi tujuan utama suatu sesi temuduga dijalankan.

Jadi bila kami katakan ini adalah panduan temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP17, bukanlah ia bermaksud semua yang digariskan di sini keluar bulat-bulat. Kami bukanlah penemuduga malah tidak terlibat sama sekali dengan pihak SPA. Lagi pula soalan-soalan yang dikemukakan kelak tidak mampu diramal atau jangka oleh sesiapa pun jua. Apa yang cuba kami sampaikan adalah sedikit bantuan yang tidak seberapa untuk meningkatkan lagi peluang anda menyediakan diri sebaik mungkin sebelum temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP17 itu berlangsung nanti. Jadi dengan itu anda fahami maka senanglah untuk anda mempersiapkan diri dengan pengetahuan tambahan nanti.

Berikut adalah 8 panduan temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP17:

1. Biasanya, antara soalan wajib yang akan dikemukakan oleh mana-mana penemuduga adalah meminta calon memperkenalkan diri. Di sini terdapat satu masalah. Sekiranya penemuduga menggunakan bahasa Inggeris ketika meminta anda memperkenalkan diri, maka anda mesti memperkenalkan diri menggunakan bahasa Inggeris juga. Wajib! Di sinilah datangnya masalah tersebut sekiranya anda tidak fasih berbahasa Inggeris. Kami cadangkan anda melihat teknik menguasai bahasa Inggeris dengan pantas sebagai persediaan.

2. Menyusul selepas itu, biasanya penemuduga akan bertanya kenapa calon ingin bekerja di sektor awam. Sediakanlah jawapan bernas anda sedari sekarang. Pilih jawapan terbaik yang anda terfikir. Namun tidak semua calon disoal dengan soalan ini.

3. Sebagai persediaan kalau-kalau ianya disoal, anda juga mesti sudah maklum apakah tugas-tugas seorang Pembantu Pendaftaran Gred KP17. Ini termasuklah memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.

4. Tidak kurang pentingnya juga, anda mesti menyiasat latar belakang Jabatan Pendaftaran Negara antaranya:

- Moto / slogan Jabatan Pendaftaran Negara
- Visi Jabatan Pendaftaran Negara
- Misi Jabatan Pendaftaran Negara
- Fungsi asas Bahagian dan Jabatan di Jabatan Pendaftaran Negara
- Struktur Organisasi Jabatan Pendaftaran Negara
- Sejarah penubuhan Jabatan Pendaftaran Negara.

Untuk lebih lanjut sila lawati sendiri laman rasmi JPN.

5. Siapakah menteri yang menerajui pentadbiran JPN? Sudah tentu YAB Menteri Dalam Negeri kerana JPN adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ini juga perlu di hafal sebagai persediaan.

6. Ketahui beza dan dalami setiap satu daripada perkhidmatan terkini JPN misalnya:

- MyKad
- MyPR
- MyKAS
- MyKid
- MyEG
- MyGov
- Dan lain-lain.

Cadangan kami untuk ini, anda study betul-betul portal rasmi JPN kerana ada sedikit maklumat berkaitan di dalamnya selepas itu cuba kunjungi cawangan JPN berhampiran tempat tinggal anda. Baca brosur-brosur atau edaran yang dipamerkan di sana.

7. Kadangkala, isu-isu semasa yang ada kaitan dengan JPN juga akan disoal seperti:

- kebanjiran pendatang tanpa izin
- kad pengenalan palsu
- MyKad tidak dituntut
- pertukaran kewarganegaraan
- pendaftaran lewat
- pendaftaran warga asing
- dan sebagainya

Cadangan kami untuk mengatasi ini adalah calon hendaklah memperluaskan bacaan dan jangan hanya hadkan kepada suratkhabar atau Internet sahaja.

8. Akhir sekali, anda pasti bersetuju jika kami katakan belajar daripada mereka yang sudah pernah menduduki dan berjaya dalam temuduga adalah antara langkah yang bijak. Mungkin masih ada yang belum tahu bahawa terdapat satu panduan khas ke temuduga yang menghimpunkan pengalaman-pengalaman sesi temuduga calon yang berjaya, koleksi soalan wajib temuduga, koleksi skema jawapan yang sesuai dan etika berpakaian yang betul dijual di pasaran online. Ia khas untuk calon yang menduduki temuduga SPA. Dan sekiranya anda berminat mengetahui apakah kandungan keseluruhannya boleh ke pautan di bawah:


Demikianlah 8 panduan yang dikongsikan. Mudah-mudahan setiap satu daripadanya memberikan sedikit sebanyak idea kepada anda di dalam pencarian persediaan yang lebih jitu ke arah kejayaan dalam sesi temuduga itu nanti. Akhir kata daripada kami, selamat menduduki temuduga.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!