Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


10 Jawatan Kosong ANGKASA Bulan September 2012

Jawatan Kosong ANGKASA - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad.

Tarikh tutup permohonan 08 September 2012.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) adalah koperasi apex yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kami menyediakan program pelajaran kepada anggota-anggota koperasi disamping menyediakan khidmat keusahawanan dan perkhidmatan potongan gaji kepada kakitangan kerajaan untuk tujuan koperasi, kelab, kesatuan dan syarikat berkepentingan kerajaan.

Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil dan berdaya-saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat seperti berikut :

01. KETUA UNIT INSTITUSI PENDIDIKAN
02. KETUA UNIT / AKAUNTAN
03. PENGANALISA PROGRAM
04. PEGAWAI PENGURUSAN RISIKO
05. JURUAUDIT DALAM
06. PEGAWAI PUSAT DATA
07. OPERATOR KOMPUTER
08. KERANI KANAN
09. KERANI
10. PEMBANTU AM

Cara memohon:
Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan berserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor
e-mel : sumber@angkasa.coop

Cara menulis resume / CV yang tepat boleh diperolehi dengan mengikuti pautan berikut:


Iklan penuh jawatan kosong ini boleh diperolehi dengan mengikuti pautan di bawah:


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!