11 Jawatan Kosong UUM Bulan September 2012 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

11 Jawatan Kosong UUM Bulan September 2012

Jawatan Kosong UUM - Universiti Utara Malaysia.

Tarikh akhir permohonan 20 September 2012.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap dan kontrak seperti berikut di Universiti Utara Malaysia:

01. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S48
02. PEGAWAI FARMASI GRED U41/U44/U48/U52/U54
03. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43/UD44/UD47/UD48/UD51
04. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41
05. PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL GRED N41
06. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) GRED J29
07. PENOLONG PENGURUS ASRAMA GRED N27
08. PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN GRED N27
09. ARTIS BUDAYA GRED B17
10. AHLI MUZIK GRED B17
11. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN GRED U17

Cara membuat permohonan:
(a) Borang permohonan boleh didapati daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Utara Malaysia dengan mengemukakan sampul surat berukuran 26cm x 34cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 serta Wang Pos, bernilai RM5.00 dibayar atas nama ‘BENDAHARI UUM’ atau datang mengambilnya sendiri di Kaunter Jabatan Pendaftar, UUM dengan bayaran sebanyak RM 5.00 yang boleh dibayar di Kaunter Bendahari, UUM.

(b) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

(c) Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.

(d) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada:

Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 04-928 3864 / 4131

Iklan penuh jawatan kosong ini boleh dibaca melalui pautan di bawah:


No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!