Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


3 Perkara Perlu Dilakukan Sebelum Ke Temuduga

Sesi temuduga untuk kebanyakan calon adalah merupakan antara hal yang paling menggementarkan pernah mereka lalui sepanjang hidup. Maklumlah ia adalah satu sesi yang boleh menentukan masa hadapan seseorang. Jadi persediaan yang rapi harus disiapkan sebaik mungkin sebelum hadir ke satu-satu sesi temuduga.

Tiga perkara yang perlu dilakukan sebelum calon hadir ke sesi temuduga:

Pertama - buat persediaan dengan meramalkan apakah soalan dan jenis atau bidang yang bakan disentuh oleh penemuduga.

Kedua - dicadangkan berlatih sesi temuduga bersama rakan atau pun ahli keluarga. Ini untuk memberi ruang kepada diri agar lebih biasa dengan situasi temuduga. Di samping mengurangkan rasa gugup semasa sesi sebenar berlangsung.

Ketiga - lakonkan sesi temuduga di dalam Bahasa Inggeris. Kenapa? Dikatakan kebanyakan sesi temuduga kerja akhir-akhir ini menggunakan Bahasa Inggeris dalam kadar 10% ke 20% daripada keseluruhan sesi. Jadi ini menjadikan ianya satu latihan yang wajib dilaksanakan. Sediakan teks dalam Bahasa Inggeris, baca dan kemudian biasakan diri tanpa melihat teks.

Diharapkan perkongsian ini membantu persediaan anda sedikit sebanyak. Selamat menduduki temuduga daripada kami!


Panduan Mahir Bahasa Inggeris Untuk Temuduga
[ Panduan Menguasai Bahasa Inggeris ]
Klik Sini Untuk Melihat Panduan Menguasai BI Ini


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!