Apa Dikehendaki Majikan Dari Sesi Temuduga? - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Apa Dikehendaki Majikan Dari Sesi Temuduga?

Berdasarkan kajian yang dibuat tidak berapa lama lalu, seseorang majikan tertarik kepada pemohon kerja yang berkemahiran dalam komunikasi, berperawakan kemas, memiliki sikap-sikap yang baik dan ada pengalaman kerja yang releven.

Majikan mengaku bahawa mereka mencari dan memerlukan pekerja-pekerja baru yang boleh dipercayai, jujur, boleh menjalankan kerja serta-merta, berkebolehan menjalin hubungan mesra dengan rakan sekerja dan paling utama mampu menyempurnakan kerja yang diberikan tanpa bimbingan.

Sedikit penjelasan lanjut tentang kemahiran komunikasi yang dimaksudkan. Ia meliputi komunikasi lisan dan bertulis dalam kedua bahasa yakni BM dan BI. Sekiranya turut menguasai bahasa asing lain sama ada Bahasa Cina, Jerman dan lain-lain. Maka itu merupakan satu bonus istimewa. Calon temuduga dikehendaki bertutur secara terang dan jelas di dalam kedua-dua bahasa. Di samping mampu memberikan pandangan bernas dan membina serta kritikan yang kritis mengenai sesuatu perkara berkaitan pengurusan atau bidang yang dipohon.

Faktor positif lain yang ingin dilihat majikan merangkumi:

- kemahiran menganalisis sesuatu permasalahan secara mendalam dan boleh pula mencadangkan penyelesaian secara cepat dan tepat.

- Cenderung dalam kerja atau jawatan yang dipohon.

- Mempunyai kemahiran komputer khususnya pemprosesan kata (MS Word), MS Power Point, Excel dan lain-lain.

- Kemahiran mengelola atau menganjurkan ssesuatu acara, upacara atau peristiwa misalnya lawatan, taklimat, pameran majlis makan dan lain-lain.

Lazimnya, majikan amat tertarik kepada kepada bakal pekerja yang mempunyai etika kerja yang baik dan positif. Hal ini harus disemat di dalam hati.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!