Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Peluang Kenaikan Pangkat Jururawat Di KKM

Pertimbangan kenaikan pangkat bagi Jururawat dibuat berasaskan merit disamping perlu memenuhi semua syarat Skim Perkhidmatan dan syarat-syarat lain yang ditentukan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Di antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah:

a) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

b) Diperaku oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan;

c) Terdapat kekosongan jawatan;

d) Bebas daripada tindakan tatatertib;

e) Melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

f) Tidak tersenarai sebagai peminjam tegar; dan g) Telah mengisytihar harta.


Jururawat Gred U29 berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke Gred U32 dan seterusnya ke gred U36, U42, U44, U48, U52 dan U54 tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan Jururawat.

Jururawat Gred U29,U32,U36 yang menunjukkan prestasi cemerlang adalah layak dipertimbang Kenaikan Pangkat Secara Lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan ke jawatan Pengajar Gred U41 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

1 comment:

  1. salam sejahtera,
    saya telah memenuhi segala syarat kenaikan pangkat dari u29 ke u41 dan telah memiliki ijazah sarjana muda kejururawatan yang diiktiraf kerajaan. Bahagian manakah yang saya harus memohon untuk kenaikan pangkat berkenaan.

    sekian ribuan terima kasih

    ReplyDelete