Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Permohonan DPLI SR j-QAF 2013

Jawatan Kosong KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tarikh tutup permohonan 03 Oktober 2012.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM.

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Bahasa Arab
2. Pendidikan Islam
3. Pendidikan Khas j-QAF

Cara memohon:
a. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2012 (Rabu) jam 9.00 pagi.

b. Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 26 September 2012 (Rabu) dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

c. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

d. Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

Iklan penuh boleh dibaca menggunakan pautan di bawah:


Ujian MTeST:


Selepas mengemukakan permohonan DPLI SR j-QAF ambilan Januari 2013 ini, sekiranya terpilih anda akan diwajibkan menduduki ujian MTeST pula. Sedaya upaya saya sudah mencari panduan khas untuk calon KPLI tetapi tidak menjumpai yang paling lengkap dan boleh dipercayai. Hanya Panduan MEdSI ini sahaja yang saya boleh cadangkan kepada anda. Walaupun ianya untuk MEdSI tetapi ia memang 95% mirip dengan MTeST yang akan calon KPLI j-QAF. Jadi mungkin anda boleh pertimbangkan.

Sekiranya lulus MTeST:

Andai rezeki menyebelahi anda dan lulus MTeST maka anda akan dipanggil ke temuduga. Tempat temuduga adalah berdasarkan surat panggilan yang akan terima kelak. Jika anda kurang pasti format dan keperluan temuduga KPLI j-QAF ini, dicadangkan Panduan Temuduga KPLI SR j-QAF untuk anda amati.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!