Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Strategi Menangani Konflik Di Tempat Kerja

Dalam usaha menangani konflik di tempat kerja, terdapat lima strategi menangani yang boleh diambil oleh pihak pengurusan atau pentadbiran yakni pengelakkan, penyesuaian, persaingan, kompromi dan permuafakatan. Berikut adalah huraian ringkas strategi-strategi yang digariskan ini:

Pengelakan
- Tidak mengendahkan atau memendamkan konflik. Ahli kumpulan mengelakkan konfrontasi kerana sikap tidak peduli, tidak kisah atau dalam peringkat penafian.

- Individu yang berkonflik adalah tidak asertif dan tidak bekerjasama.

Penyesuaian
- Individu yang bekerjasama tetapi tidak assertif lebih suka strategi memuaskan kepentingan orang lain tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri.

- Mereka ini selalunya ’berkorban’ demi kepentingan orang lain.

Persaingan
- Individu yang berkecenderungan memenuhi kepentingan diri sendiri tanpa mengendahkan kepentingan orang lain adalah seorang yang sangat assertif dan tidak bekerjasama.

- Ini adalah strategi ”menang-kalah” dan dilihat sebagai mempengaruhi atau mengawal orang lain.

Kompromi
- Kompromi atau perkongsian adalah jalan tengah yang diambil bagi asertif dan kerjasama.

- Ia lebih kepada pemuasan separa kepentingan kedua-dua pihak dan lebih kepada pertukaran konsesi dan mencari jalah tengah.

Pemuafakatan
- Strategi ini bersandarkan memenuhi kepentingan semua pihak yang terlibat –menggalakkan kerjasama antara dua pihak yang berkonflik dan mencari alternatif yang memenuhi kepentingan bersama.

- Strategi ini adalah mementingkan asertif dan kerjasama dan memerlukan pelaburan masa dan tenaga yang tinggi bagi tujuan penyelesaian masalah bersama.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!