Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Juruteknik Gred J17 (Automotif)

Panduan Temuduga Juruteknik Gred J17 (Automotif)
SPA sekali lagi membuka peluang kepada mereka yang ingin berkhidmat di dalam sektor awam sebagai Juruteknik dengan mengadakan temuduga Juruteknik Gred J17 (Automotif). Temuduga ini merupakan satu temuduga tapisan akhir kepada mereka yang layak. Surat panggilan sudah pun diedarkan. InsyaAllah calon yang lulus tapisan temuduga ini akan dilantik ke dalam perkhidmatan awam sebagai seorang Juruteknik.

Sebelum ke panduan temuduga, mari kita imbas sepintas lalu statistik untuk jawatan juruteknik gred J17 (automatif) ini. SPA mengunjurkan bilangan permohonan adalah sebanyak 10 172 orang dengan jumlah mereka yang layak dipanggil ke sesi temuduga adalah seramai 1 109. Daripada jumlah tersebut, adalah dianggarkan bahawa cuma 13 calon yang akan dianugerahkan surat lantikan, sementara 40 orang lagi adalah calon simpanan.

13 tempat kosong daripada 1 109 calon yang dipanggil? Ini memang satu situasi yang amat sengit dan menekan. Kebarangkalian setiap calon untuk dilantik tidak lebih daripada 1.172% sahaja. Iya. Cuma 1% kemungkinan untuk lulus dalam temuduga ini. Itulah serba sedikit gambaran kasar bagi sesi temuduga kali ini. Diharapkan pendedahan ini membuka mata anda sebagai calon dan memotivasikan anda mempersiapkan diri dengan lebih lengkap berbanding calon-calon lain. Setelah itu dinyatakan, marilah kita ikuti beberapa tips penduan temuduga di bawah.

Tujuh panduan temuduga Juruteknik Gred J17 (Automotif):

Pertama, haruslah disedari oleh para calon bahawa soalan temuduga tidak boleh dijangka. Lain penemuduga, lain pula cara penyoalan dan bentuk soalan yang bakal dikemukakan. Jadi, pada hemat kami adalah elok sekiranya calon mempersiapkan diri dengan pengetahuan asas berkenaan teknologi automotif. Ini termasuklah:

- Kategori Kenderaan Motor

a) Kenderaan Persendirian
b) Kenderaan Barangan
c) Kenderaan Perkhidmatan Awam

- Pengetahuan Asas Komponen Kenderaan

a) Rekabentuk Badan Dan Pelan Kenderaan
b) Enjin Dan Bahan Bakar (Engine And Fuel)
c) Casis (Chassis)
d) Suspensi (Suspension)
e) Kuasa Transmisi (Power Transmission).
f) Sistem Stereng Dan Kawalan (Handling And Steering System)
g) Pemasangan Gandar (Axle Assemblies)
h) Sistem Brek (Brake system)
i) Tayar (Tyres)
j) Berat dan terminologi yang berhubung kait dengan kenderaan (Weights And Terminologies Related Vehicles)
k) Sistem Elektrik/Pendawaian (Electrical/Wiring System)
l) Sistem Penyejukan Enjin (Cooling Engine System)

Carilah rujukan sama ada buku, laman web atau terbitan-terbitan lain yang mengandungi maklumat berkenaan hal-hal di atas.

Kedua, soalan paling popular di dalam sesi temuduga dan jarang-jarang tidak disoal adalah calon akan diminta oleh penemuduga memperkenalkan diri dengan lengkap. Jadi sila perkenalkan diri anda dengan seteliti mungkin. Jangan panjang berjela. Biarringkas tapi padat. Rangkumkan sekali nama penuh anda, tempat lahir dan dimana anda kawasan anda menetap sekarang.

Ketiga, satu lagi soalan yang amat-amat kerap disoal ialah 'kenapa anda mahu berkhidmat di dalam sektor awam?'. Nyatakan dengan jelas sebab-sebab anda. Dicadangkan anda memberikan sebab dalam bentuk urutan atau poin. Misalnya begini, "Saya berminat berkhidmat di sektor awam kerana pertama.., kedua.., ketiga.."

Keempat, penemuduga amat suka kepada calon yang menjawab soalan berdasarkan bahasa yang digunakan oleh penemuduga itu sendiri. Maknanya, jika penemuduga menyoal di dalam bahasa Malaysia adalah digalakkan calon menjawab dalam bahasa Malaysia yang tepat juga. Sebaliknya, andai penemuduga menggunakan bahasa Inggeris ketika bertanya salah satu soalan maka calon amat digalakkan menjawabnya dalam bahasa Inngeris yang baik juga. Adakalanya penemuduga sengaja melakukan ini untuk menguji kemampuan calon.

Jadi cadangan kami, sila persiapkan diri anda dengan kemahiran berbual di dalam bahasa Inggeris. Ini kerana Malang tidak berbau. Kalau kena memang nasiblah. Mungkin Teknik Menguasai BI Cara Pantas ini sesuai untuk persiapan tambahan anda.

Kelima, adalah normal dan wajar untuk calon yang pertama kali menduduki sesi temuduga berasa gementar dan tidak pasti apa yang perlu dilakukan. Di dalam hati akan bermain pelbagai andaian-andaian. Ketakutan yang tidak berasas memang selalu hadir. Ini perkara biasa. Jangan terlalu terkesan dengan perkara-perkara kecil seperti ini. Berita baik yang boleh kami kongsikan bersama anda ialah tentang kewujudan satu panduan hampir lengkap bagi calon-calon yang akan menduduki temuduga sektor awam. Di dalam panduan ini terkandung topik-topik mustahak yang wajib diketahui termasuklah senarai lengkap soalan lazim temuduga, senarai skema jawapan, cara-cara menangani keadaan cemas semasa sesi temuduga, cara berpakaian yang betul dan koleksi pengalaman-pengalaman mereka yang telah lulus temuduga kerja dalam sektor kerajaan.

Sekiranya, panduan ini menarik perhatian anda dan anda fikir ia berguna dalam rangka persediaan anda maka dapatkan maklumat lanjut melalui pautan di bawah:


Tidaklah dijamin kesemua panduan temuduga Juruteknik Gred J17 (Automotif) yang dikongsikan ini akan keluar di dalam sesi temuduga itu nanti. Siapa yang boleh jangka bukan? Hanya penemuduga sahaja yang tahu apakah soalan yang bakal mereka ajukan kelak. Walaubagaimanapun, adalah diharapkan panduan ini memberikan anda gambaran kasar untuk membuat persediaan yang lebih lengkap kelak. Selamat menduduki sesi temuduga daripada kami dan semoga berjaya. Amin!



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

1 comment:

  1. Fadzlan bin Mohammad RohmatullahSunday, 02 September, 2012

    terima kasih diatas maklumat diatas..harap dapat membantu

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!