Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Untuk Latihan Jururawat

SPA sudah mengeluarkan surat panggilan temuduga kepada para calon yang layak menduduki temuduga untuk latihan jururawat. Sebelum anda membuat persediaan demi persediaan dalam rangka menduduki sesi temuduga itu nanti, dipaparkan statistik untuk panggilan temuduga latihan jururawat kali ini.

SPA secara rasmi mengeluarkan angka calon yang membuat permohonan untuk kali ini adalah sejumlah 72 625 orang. Sementara yang dipanggil ke sesi temuduga hanya sebanyak 679 orang sahaja. Untuk makluman anda, percaya atau tidak SPA sudah menetapkan jumlah calon yang akan diambil sebagai jururawat pelatih hanya dalam lingkungan 140 orang sahaja! Jumlah ini sedikit mengejutkan pihak kami. Namun, apakan daya kuasa untuk penetapan ini ada sepenuhnya di tangan pihak SPA (hal ini bergantung kepada keperluan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia).

Setelah melihat statistik yang kurang menggalakkan itu, pastinya anda berasa tawar hati untuk meneruskan perjuangan. Jangan begitu, kerana pepatah lama ada menyebut - untung batu tenggelam, untung sabut timbul. Tapi tidaklah patut cuma berdoa dan berharap mendapat untung sabut sahaja tanpa berusaha. Untuk mendapat untung sabut, seorang calon wajib menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran terlebih dahulu. Pengetahuan daripada segi apa? Tahu dan sedar pelbagai perkara yang ada hubungkait dengan dunia perubatan dan kejururawatan. Mahir dari segi apa pula? Mahir dalam penguasaan sesi temuduga dan pandai mendepani pelbagai jenis penemuduga yang bakal menyoal anda.

Dua cadangan utama daripada kami dalam rangka penyediaan diri adalah seperti di bawah:

1. Melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat.

Adalah sesuatu yang amat tidak wajar sekiranya calon jururawat tidak pernah mengambil tahu akan dunia yang ada sangkut-paut dengan latihan kejururawatan ini. Kesediaan menambahkan pengetahuan dalam bidang ini cukup dituntut. Bacalah apa saja buku atau terbitan yang ada hubungan dengan dunia perubatan. Layarilah Internet untuk mencapatkan maklumat tambahan daripada portal rasmi Kementerian Kesihatan dan lain-lain laman. Jangan bataskan diri anda setakat itu sahaja. Kukuhkan pengetahuan dengan isu-isu terkini bidang kejururawatan di Malaysia.

2. Sempurnakan persediaan dengan Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat.

Apakah pula Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat yang dimaksudkan ini? Mungkin anda belum tahu. Kami juga tidak menyalahkan anda. Siapa yang mahu tahu Panduan Kerjaya Jururawat jika tidak berniat menjadi seorang jururawat bukan? Untuk makluman anda, Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat adalah pakej yang mengandungi beberapa buah eBook yang memperkatakan hampir setiap sudut penting sekiranya seseorang itu ingin menjadi seorang jururawat. Pakej panduan ini boleh dibeli melalui pautan di bawah.

Dengan doa untuk kejayaan anda dalam sesi temuduga itu nanti maka kami akhiri post kali ini.

No comments:

Post a Comment