Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia Bulan November 2012

Jawatan kosong LDM - Lembaga Lada Malaysia.

Tarikh tutup ikan 26 November 2012

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di perkhidmatan Lembaga Lada Malaysia seperti berikut :

1. Pegawai Penyelidik Gred Q43/44, Q47/48, Q51/52, Q53/54

Cara mengemukakan permohonan:
a) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan dengan mengisi Borang MPB 2 (Pin. 1/2008). Borang permohonan boleh diperolehi menerusi mana-mana cara berikut ;

i) Dari Ibu Pejabat Lembaga Lada Malaysia, Lot 1115 Jalan Utama, Pending, 93450 Kuching atau mana-mana Pejabat Cawangan di Sibu, Sarikei, Sri Aman, Serian, Betong, Bintangor, Miri, Bintulu, Sungai Asap dan Johor ; atau

ii) Memuatturun dari laman web kami di www.mpb.gov.my; atau

iii) Menghantar SMS ke 15888 dengan menaip MPB BRGJWTN dan hantar ke 15888. Contoh : MPB BRGJWTN BXYZ@yahoo.com dan hantar ke 15888.

b) Borang permohonan MPB 2 (Pin. 1/2008) yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan sijil-sijil akademik, resume, hasil penyelidikan/laporan/sumbangan dan sebagainya.

i) Tulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas kiri sampul surat.

ii) Alamatkan borang permohonan kepada:

Ketua Pengarah
Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama
Peti Surat 1653
93916 Kuching, Sarawak
(u/p: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)

c) Maklumat lanjut berkaitan kelayakan serta syarat-syarat yang diperlukan dan senarai tugas bagi setiap jawatan boleh didapati di laman web kami di www.mpb.gov.my atau di mana-mana pejabat Lembaga Lada Malaysia.

d) Tarikh iklan tutup : 26 November 2012 (Isnin)

e) Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil/dokumen asal beserta salinan-salinan fotostat sekiranya dipanggil menghadiri temuduga.

f) Pegawai Penyelidik kerajaan yang dipilih untuk menghadiri temuduga hendaklah membawa bersama dokumen-dokumen berikut:

(i) Satu salinan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini

(ii) Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Bagi Tiga (3) Tahun Terakhir

g) Sekiranya pemohon tidak dipanggil untuk menghadiri temuduga dalam tempoh tiga bulan dari tarikh iklan tutup, permohonan adalah tidak berjaya.

Syarat kelayakan dan iklan penuh boleh dibaca melalui pautan di bawah:


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!