Jawatan kosong MPM Bulan Disember 2012 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan kosong MPM Bulan Disember 2012

Jawatan kosong MPM - Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tarikh tutup 04 Disember 2012.

Majlis Peperiksaan Malaysia ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Penolong Akauntan W27

Cara membuat permohonan:

(i) Borang Permohonan MPM 1 boleh diperolehi daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan atau mencetak sendiri daripada laman web www.mpm.edu.my. Borang ini juga boleh difotostat.

(ii) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil persekolahan, dan lain-lain sijil berkaitan serta salinan kad pengenalan.

(iii) Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini.

(iv) Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat.

(v) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah di hantar kepada:

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM, Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran)

Iklan penuh dan syarat kelayakan boleh dicapai melalui pautan di bawah:


No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!