Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong PTPTN Bulan Disember 2012

Jawatan kosong PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Tarikh tutup ikan 31 Disember 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur kurang daripada 45 tahun pada 31 Disember 2012 untuk memohon jawatan seperti di bawah:

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Cara permohonan:
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Sambilan (Borang PTPTN-PSM-01/1-2005 Pin. 4). Tiada tarikh tutup bagi permohonan jawatan lantikan sambilan ini.

b. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

Dokumen-dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan Borang

Permohonan Jawatan Sambilan mengikut susunan berikut:-

1) Salinan Kad Pengenalan pemohon;

2) Salinan Surat Beranak pemohon;

3) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

4) Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (sekiranya berkaitan);

5) Salinan Ijazah/Diploma berserta transkrip (sekiranya berkaitan);

6) Pengiktirafan kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya pemohon adalah pelajar lepasan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (sekiranya berkaitan); dan

7) Lain-lain dokumen sokongan

8. Borang permohonan jawatan sambilan dan salinan dokumen yang berkaitan bolehlah dikemukakan di alamat PTPTN :

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 11
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan
Damansara Heights
50490 Bukit Damansara
KUALA LUMPUR

(Sila nyatakan jawatan dan gred jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat).

Iklan penuh jawatan kosong ini boleh diperolehi melalui pautan di bawah:


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!