Penganggur Usah Terlalu Manja - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Penganggur Usah Terlalu Manja

Kejayaan majikan mendapatkan 3, 500 pekerja baru tempatan termasuk 800 yang memerlukan kelulusan peringkat ijazah menerusi Program Sure Kerja di Terengganu, adalah petanda awal masalah pengangguran belia kita sudah mula diatasi.

Kementerian Sumber Manusia berharap dapat mengisi 70, 000 kekosongan dan tentunya termasuk di kilang dan kerja dianggap kotor, berbahaya dan sukar. Serentak itu juga, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, mengumumkan kerajaan akan meminda Akta Pekerja 1955, bagi memastikan majikan yang dibenarkan mengambil pekerja asing, menggajikan sekurang-kurangnya 51 peratus rakyat empatan.

Sebenarnya, dengan begitu banyak kerja kosong isu belia kita terpaksa menganggur tidak seharusnya timbul. Malangnya, selain suka memilih kerja kerana mahu sepadan dengan ijazah, kini timbul pula karenah baru di kalangan pencari kerja - mereka tidak sanggup bekerja di tempat lain tetapi di negeri sendiri.

Sikap ini pasti akan merugikan penganggur kerana pekerja asing sedia merebut peluang kerja tidak kira di kilang atau pasar raya. Persoalannya samapai bilakah belia kita mahu terus goyang kaki sambil orang lain menyara hidup mereka. Kerajaan jujur dan gigih berusaha membantu penganggur kita, tetapi mereka mesti mengubah sikap manja keterlaluan itu.

Sumber: Berita Harian, 12 April 2005.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!