Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Penolong Pegawai Antidadah S27

Panduan Temuduga Penolong Pegawai Antidadah S27
Pada tahun 2012 sahaja sebanyak 23,722 calon telah mencuba nasib untuk memohon jawatan Penolong Pegawai Antidadah S27 dengan harapan dipanggil ke sesi temuduga. Walaubagaimanapun, hanya seramai 1,286 calon yang cukup bertuah untuk layak melangkah ke sesi temuduga. Apa yang sedikit mengecewakan, jumlah kekosongan untuk jawatan ini cumalah sebanyak 20 tempat sahaja. Ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah!

Ini kerana, tidak lain, sesi temuduga Penolong Pegawai Antidadah S27 lah yang akan menjadi medan pembuangan calon. Jadi sekiranya anda calon yang dipanggil, nasihat kami "berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi temuduga yang mantap". Kita tidak mahu, anda gagal padahal sudah pergi sejauh ini.

Seperti biasa, sudah nama blog ini Blog Tips Kerjaya maka pasti janggal jika kami tidak berkongsikan panduan temuduga Penolong Pegawai Antidadah S27. Memanglah tidak semua temuduga anjuran SPA kami punya tips tetapi insyaAllah jika ada kesempatan dan kami ada pula sumber rujukannya tentu kami kongsikan di sini bersama pembaca.

Sebelum ke panduan temuduga Penolong Pegawai Antidadah S27, sedikit pengenalan untuk jawatan ini kami sajikan. Penolong Pegawai Antidadah S27 adalah jawatan yang termasuk di dalam kumpulan sokongan. Anda yang terpilih akan ditempatkan di Agensi Antidadah Kebangsaan dengan gaji permulaan RM1,361.14. Sementara kadar KGT (kenaikan gaji tahunan) adalah sebanyak RM145.00.

Berikut dikongsikan 8 panduan temuduga Penolong Pegawai Antidadah S27:

1. Anda mesti tahu tugas hakiki seorang Penolong Pegawai Antidadah S27.

- Seorang Penolong Pegawai Antidadah S27 bertanggungjawab dalam melaksanakan kesemua program pemulihan di institusi serta komuniti, program pencegahan, menjalankan fungsi penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

2. Ceritakan secara ringkas sejarah Agensi Antidadah Kebangsaan.

- Agensi AntiDadah Kebangsaan atau nama singkatanya AADK telah ditubuhkan secara rasminya pada 17 Februari, 1996. Penubuhannya diluluskan dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

3. Dimana mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai Agensi Antidadah Kebangsaan?

- Untuk mengetahui kempen dan aktiviti semasa yang dijalankan oleh AADK, anda boleh layari Portal Rasmi AADK.

4. Kenapa anda memohon jawatan Penolong Pegawai Antidadah S27?

- Biasanya ini merupakan antara soalan yang sering diajukan. Kami tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak anda, kerana lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya. Cuma panduan daripada kami, sila baca semua yang anda mampu mengenai jawatan ini dan AADK sendiri. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan anda sebagai seorang Penolong Pegawai Antidadah S27 yang berkaliber.

5. Ceritakan serba sedikit mengenai diri anda.

- Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga tidak kira untuk jawatan kerajaan mahupun swasta. Nasihat kami, sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup anda termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). Tekankan aspek-aspek ini agar anda tampak sesuai untuk jawatan Penolong Pegawai Antidadah S27. Cuma pastikan anda tidak bercerita dengan cara meleret-leret. 5 minit ke bawah adalah jangkamasa yang sesuai, lebih daripada itu akan membuat penemuduga bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap anda.

6. Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan sebagai Penolong Pegawai Antidadah S27?

- Jawapan untuk soalan ini hanya akan anda perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan ini. Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan ini.

7. Apakah yang anda boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan ini?

- Ini adalah soalan yang menjadi peluang kepada anda untuk menunjukkan kebolehan. Kaitkan pengalaman dan kemahiran anda kemudian sesuaikan dengan jawatan Penolong Pegawai Antidadah S27. Anda perlu kreatif dalam soal ini. Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana anda berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.

8. Saya tidak pernah ke sesi temuduga, adakah panduan lain yang lebih lengkap?

- Untuk calon yang belum pernah hadir ke mana-mana sesi temuduga, sukalah pihak kami mencadangkan sebuah pakej panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan calon. Anda boleh rujuk Pakej Persediaan Temuduga Kerja untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Demikianlah 8 panduan temuduga Penolong Pegawai Antidadah S27 yang sempat kami kongsikan kali ini. Moga ia sedikit sebanyak membantu anda dalam persediaan ke sesi temuduga itu kelak. Diucapkan semoga berjaya.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

7 comments:

  1. terima kasih dia atas perkongsian diatas. doakan kejayaan saya dan rakan2. ada sape2 i.view sm tarikh ni kt kb ker...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. askum...blh saya tny...puan dah pergi interview jwtan pen peg antidadah kan...boleh sy th mcm mne ye?

      Delete
  3. Alhamdulillah..anak saya telah berjaya di dalam temuduga tersebut..beliau akan melapur diri di ibu pejabat aadk pada 18hb Februari 12 ini..Alhamdulillah segala-galanya dengan rahmatmu Ya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nak tanya ye. utk jawatan penolong pegawai antidadah ni ada test berat,tinggi dan penglihatan ke?

      Delete
  4. saya ada ijazah.. tp saya dapat panggilan interview pembantu antidadah s17.. adakah saya patut tunjukkan ijazah??

    ReplyDelete
  5. nak tya, kalau kita masih belajar, adakah permohonan kita akan terus ditolak atau mcam mana? saya dapat panggilan temuduga pembantu antidadah gred 17. sekarang saya masih belajar di tahun akhir ijazah. adakah saya patut pergi temuduga tu atau sebaliknya?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!