Tips & Panduan Calon Temuduga KPLI-SR j-QAF 2012 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Tips & Panduan Calon Temuduga KPLI-SR j-QAF 2012

Buat calon temuduga KPLI-SR j-QAF 2012, diucapkan tahniah kerana anda hanya selangkah sahaja untuk menggapai impian menyertai program KPLI-SR j-QAF dan seterusnya bakal bergelar seorang guru j-QAF.

Selepas menempuhi ujian MTeST dengan jayanya, kini hanya tinggal sesi temuduga sebagai halangan terakhir anda sebelum menghampiri impian dan cita-cita untuk bergelar guru j-QAF.

Sebelum anda membaca panduan yang agak panjang ini, suka saya memberikan tips yang paling asas dan amat-amat penting. Salah satu soalan yang hampir-hampir menjadi wajib dan seringkali diajukan penemuduga kepada para calon temuduga KPLI-SR j-QAF adalah "Kenapa anda ingin menjadi seorang Guru j-QAF?".

Seharusnya anda bersiap sedia kerana ini antara penentu masa hadapan anda. Berikut adalah cadangan jawapan yang sesuai untuk soalan killer ini:

'Saya telah membaca kenyataan dari pihak KPM bahawa sekolah-sekolah rendah seluruh negara mengalami kekurangan guru j-QAF yang berkelayakan.

Melihat syarat kelayakan untuk menjadi guru j-QAF, ternyata saya juga memiliki dan melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan. Salah satu objektif program j-QAF adalah untuk membentuk generasi yang celik al-Quran dan dilengkapi ciri-ciri insan mengikut acuan Islam, jadi saya rasa terpanggil untuk menyertai saf guru j-QAF bagi menampung kekurangan tenaga pengajar program j-QAF di sekolah-sekolah.

Secara langsung, ini merupakan salah satu bentuk sumbangan saya kepada negara sebagai seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dalam melahirkan generasi yang maju dan berilmu menurut acuan Islam.'

Selesai satu tips, kini kini lihat pula apakah kelemahan calon yang paling kerap ditemui semasa sesi temuduga berlangsung. Berdasarkan sesi temuduga KPLI-SR j-QAF yang lepas-lepas, ramai calon dikenalpasti mempunyai banyak kelemahan dan gagal. Antaranya:

1. Tiada keyakinan diri.

2. Tidak menunjukkan bakat dan minat ke arah kerjaya sebagai guru j-QAF.

3. Terlalu merendah diri.

4. Gagal mengawal tekanan semasa sesi temuduga individu dijalankan.

Untuk anda berjaya dalam temuduga KPLI-SR j-QAF nanti, anda perlulah membuat persediaan secukupnya agar sebarang kelemahan yang ada dalam diri anda dapat diperbaiki. Usaha keras memperbaiki apa jua kelemahan diri agar dapat menampilkan prestasi yang optimum semasa sesi temuduga nanti.

Biarpun mengalami krisis kekurangan guru j-QAF di sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia, terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak, pihak Kementerian Pelajaran tetap menggunapakai aras yang ditetapkan dalam pengambilan pelatih guru j-QAF.

Syarat pemilihan bahkan diperketatkan agar calon yang dipilih benar-benar berwibawa dan berkemampuan. Fokus utama sesi temuduga KPLI-SR j-QAF adalah aspek ilmu pengetahuan calon dalam bidang pengajian yang dipohon. Ini bagi menilai tahap penguasaan dalam subjek yang dipilih.

Selain itu, calon temuduga juga akan bakal diuji dari segi pengetahuan am dan isu semasa. Turut diambil kira adalah faktor sahsiah yang menepati ciri-ciri seorang pendidik, kemahiran berkomunikasi yang berkesan, kematangan fikiran serta penampilan diri yang menarik.

Tunjukkanlah kualiti diri anda pada panel penemuduga. Ini akan berupaya menyakinkan mereka bahawa anda adalah calon paling sesuai bergelar guru j-QAF esok. Fokuskan kepada persediaan menjelang temuduga KPLI-SR j-QAF pada 19 Nov – 22 Nov 2012 ini. Tanamkan azam dan bertekad untuk membuktikan kredibiliti anda sebagai seorang calon guru j-QAF pada sesi temuduga.

Oleh itu anda disyorkan menggunakan Panduan Lengkap Temuduga KPLI-SR j-QAF sebagai ‘senjata utama’ menahan dan menangkis ‘asakan serta gasakan’ soalan-soalan daripada panel penemuduga.

Maklumat lanjut mengenai panduan penting ini melalui pautan di bawah:



 

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!