Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


10 Sikap Positif Membina Kerjaya

Mengapa sesetengah individu mudah mencapai kedudukan teratas di dalam sesebuah organisasi atau jabatan? Sementara sebahagian besar lagi amat sukar untuk naik apa lagi untuk mendapat promosi. Adakah ini berkaitan dengan bakat, kebolehan atau ada sebab-sebab lain yang menjadi faktornya?

Sebenarnya tidak, ini kerana sikap individu itu sendiri lebih memainkan peranan besar dan pengaruh kuat ke atas seseorang. Ikuti 10 sikap positif yang akan membantu membina kerjaya anda.

1. Lakukan yang terbaik.

Setiap pekerjaan harus dilakukan dengan baik. Anda tidak akan tahu bila masa anda dperhatikan atau dinilai oleh orang atasan. Sekiranya ini menjadi amalan, sudah pasti anda tidak akan merasa sukar melaksanakan tugas yang lebih besar.

2. Jangan berhenti mencari peluang.

Profesional yang sukses sering mencari kesempatan untuk terus maju dan berkembang pesat. Senantiasalah pasang telinga dan buka mata seluasnya untuk meninjau peluang-peluang lain yang terhidang. Anda tidak akan tahu bila peluang terbaik itu datang dan anda sudah sudia menantinya.

3. Jangan menunggu.

Apabila anda hanya menghabiskan waktu setelah menghabiskan kerja. Ini sesuatu yang tidak baik. Seorang yang sukses sering melakukan sesuatu dan tidak pernah menunggu. Ia membuat sesuatu dengan sebaiknya bahkan tepat. Tidak menunggu bermaksud anda bergerak dan pergerakan selalunya membawa kita ke hadapan.

4. Fikirkan boleh.

Tiada yang mustahil. Anda mungkin tidak pernah bermimpi untuk menjadi seorang pengarah, kalau begitu anda memang tidak akan pernah dapat memegang jawatan tersebut. Ingat, jika anda fikir anda boleh maka anda memang boleh!

5. Kegagalan kunci kejayaan.

Semua orang pernah mengalamai kegagalan (termasuk pengarah anda sekarang ini). Perbezaan individu sukses dengan yang tidak ialah bagaimana menghadapi kegagalan. Mengambil pengajaran daripadanya atau sebaliknya.

6. Tonjolkan kemampuan.

Kalau anda tidak tonjolkan kemampuan anda, sampai bila pun orang tidak akan nampak. Sudah sampai masanya untuk anda memperlihatkan kemampuan anda tapi tanpa perasaan sombong, megah atau menunjuk-nunjuk.

7. Memiliki jaringan yang banyak.

Anda perlu bersikap proaktif untuk membina hubungan profesional dengan ramai orang tidak kira di dalam mahupun luar pejabat. Sertai pertubuhan profesional atau yang bermanfaat. Kembangkan jaringan anda kerana ia akan menguatkan dan menjadi insurans masa hadapan kerjaya anda tanpa diduga.

8. Tidak terikat pada latar pendidikan.

Apabila anda merasakan kerjaya sekarang idak sesuai dengan tahap atau latar pendidikan anda, percayalah prestasi kerja yang anda hasilkan adalah amat buruk. Mungkin ia tidak sesuai tapi orang yang berjaya selalu melakukan tugas dan amanah yang dipikul dengan sebaik mungkin.

9. Anggap setiap orang penting.

Agresif dan tegas memang baik tetapi ini harus diamalkan dengan berhemah dan penuh berhati-hati. Semua orang di tempat kerja anda penting. Dari tukang sapu sehinggalah ketua pegawai eksekutif anda. Sikap sopan, ramah dan peribadi mulia memperlihatkan ketinggian pekerti. Ini menjadi petunjuk kepada orang lain bahawa anda orang yang bukan sembarangan.

10. Tidak terikat pada waktu kerja.

Anda bertanggungjawab terhadap nasib anda sendiri. Jadi kewajipan andalah mencari jalan memperbaiki profesionalisme anda. Sikap sukarela, minat mempelajari sesuatu yang baru dan bersedia pulang lewat adalah amalan yang baik. Pekerja yang sukses tidak hanya bekerja pada waktu pejabat bahkan bersedia pada sebarang waktu.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!