Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


3 Jawatan Kosong MD Tanjong Malim Disember 2012

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim.

Tarikh tutup 21 Disember 2012.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada individu yang menetap di daerah kecil Tanjong Malim/Slim River. Pengisian jawatan ini adalah untuk menguruskan pengoperasian Terminal Sejahtera Majlis Daerah Tanjong Malim. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti di bawah:

1. Penyelia Pusat Tuisyen (1 kekosongan)
2. Fasilitator Pusat Tuisyen (2 kekosongan)

Cara memohon:
a. Permohonan hendaklah menggunakan borang khas yang boleh didapati daripada Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Tanjong Malim pada waktu pejabat dibuka dengan bayaran tunai RM 1.00 atau menyertakan sampul surat beralamat sendiri dengan setem yang mencukupi serta wang pos berjumlah RM 1.00.

b. Borang juga boleh didapati secara proses muat turun daripada portal rasmi Majlis Daerah Tanjong Malim di atas alamat http://www.mdtm.gov.my dengan menyertakan wang pos RM 1.00 sekiranya permohonan dihantar melalui pos dan membayar secara tunai apabila borang diserah sendiri oleh pemohon.

c. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh mereka yang berkelayakan seperti Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional, Penghulu, Jaksa Pendamai, Pesuruhjaya Sumpah, Pengerusi JKKK dan setaraf beserta gambar berukuran pasport yang dialamatkan kepada:

Yang Dipertua
Majlis Daerah Tanjong Malim
Peti Surat 59,35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan.

Iklan penuh dan kriteria pemilihan jawatan kosong ini boleh dibaca menggunakan pautan berikut:


Borang permohonan boleh dimuaturun menggunakan pautan berikut:


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!