Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


4 Jawatan Kosong J-Bio Tech Disember 2012

Jawatan Kosong J-Bio Tech (Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor).

Tarikh tutup 15 Disember 2012.

Permohonan adalah dipelawa dari kalangan rakyat Negeri Johor yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut di Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor:

1. PEGAWAI EKSEKUTIF II (KOMUNIKASI KORPORAT) GRED N27 (1 JAWATAN)
2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17 (1 JAWATAN)
3. PEMANDU GRED R3 (1 JAWATAN)
4. PEKERJA AWAM GRED R1 (1 JAWATAN)

Cara memohon:
a) Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor dan boleh didapati di alamat www.jbiotech.gov.my.

b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Bil. 21 dan disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi tahun 2011 serta salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini.

c) Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan bersama wang pos sebanyak RM 1.00 atas nama Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor dan sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan dengan menyertakan dokumen-dokumen yang disahkan:

1. Sekeping gambar berukuran pasport
2. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
3. Salinan lesen memandu yang dimiliki (yang disahkan)
4. Salinan sijil kelahiran (yang disahkan)
5. Salinan sijil/Kelulusan sekolah (yang disahkan)

d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Bioteknologi Dan Biodiversiti
Negeri Johor
Block 2, UTM-MTDC Innovation Centre
Technovation Park
81300 Skudai, Johor
No. Tel : 07-5208810 Atau 07-5207810
No. Fax : 07-5207811

Iklan penuh jawatan ini boleh dicapai menggunakan pautan berikut:


Borang permohonan boleh dimuturun menggunakan pautan berikut:


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!