4 Jawatan Kosong PERKESO Bulan Disember 2012 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

4 Jawatan Kosong PERKESO Bulan Disember 2012

Jawatan Kosong PERKESO-Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Tarikh tutup: 28 Disember 2012.

PERKESO ditubuhkan pada 1971 bagi menguatkuasa, mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan–Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Perlindungan yang disediakan oleh PERKESO termasuklah rawatan perubatan, pembayaran faedah hilang upaya sementara dan kekal serta pemulihan melalui 46 buah cawangan di seluruh negara. PERKESO memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan dengan memberikan maklumat yang tepat dan cepat serta sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan pekerja dan majikan. Sejajar dengan rancangan pengembangan PERKESO kami menjemput mereka yang berminat untuk menyertai kami sebagai:

1. Pegawai Penyelidik Gred 24
2. Pegawai Undang-Undang Gred 23
3. Jurutera Gred 23
4. Setiausaha Pejabat Gred 19

Cara memohon:
a. Pemohon dik ehendak i mengisi Borang PKS (T) 70 yang boleh didapati dari mana-mana cawangan PERKESO di seluruh negara ataupun melayari laman Web PERKESO di www.p er keso.go v.my untuk memuat turun borang permohonan.

b. Permohonan daripada penjawat awam/Badan Berkanun hendaklah mengemukakan salinan rekod perkhidmatan dan laporan prestasi tahunan yang dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan pengesahan majikan (testimonial) bagi permohonan dari sektor swasta.

c. Permohonan hendaklah dihantar melalui pos dengan menyertakan butir-butir peribadi (resume), salinan kelayakan akademik dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan, gaji terkini berserta salinan slip gaji yang disahkan dan gambar berukuran pasport ke alamat di bawah:

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
MENARA PERKESO
TINGKAT 10, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
281, JALAN AMPANG, 50538 KUALA LUMPUR

Iklan penuh jawatan kosong ini dan borang permohonan boleh dibaca melalui pautan yang disediakan di bawah:


No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!