Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


5 Jawatan Kosong MAIK Bulan Disember 2012

Jawatan Kosong MAIK-Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Tarikh tutup: 31 Disember 2012.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada anak jati dan peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan memohon jawatan yang diiklankan berikut:

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (IMAM MASJID BANDAR/JAJAHAN), S41
2. PENOLONG PEGAWAI SYARIAH, LS27
3. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (PEMBANTU DAKWAH), S17
4. JURUTEKNIK, J17
5. PEKERJA AWAM (PRA), R1

Cara memohon:
a) Calon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Unit Pentadbiran, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

b) Calon dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2011 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.

c) Salinan yang telah disahkan termasuk sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

d) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

e) Permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABhg. Dato’ Timbalan Yang DiPertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Balai Islam, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

Iklan penuh jawatan kosong MAIK ini dan lain-lain kriteria yang diperlukan boleh dimuaturun melalui iklan berikut:


Borang permohonan boleh dimuaturun menggunakan pautan yang disertakan di bawah:


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!