Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan-Jawatan Kosong Di Iskandar Malaysia 2013

Jawatan kosong Di Iskandar Malaysia 2013.

Tarikh tutup: Pelbagai.

Iskandar Malaysia sebelum ini dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar. Iskandar Malaysia merupakan suatu koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Negeri Johor. Pembukaannya telah disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi pada 30 Julai 2006. Tempoh pembangunan koridor ini dijangka sehingga akhir 2025 dan memerlukan kos lebih daripada 47 bilion ringgit untuk menjana pertumbuhan ekonomi bagi 5 tahun pertama dengan kadar 8 peratus.

Iskandar Malaysia bakal menjadi pusat pertubuhan terbesar di rantau ini dan keseluruhan kawasan pembangunan dikatakan menyamai 2 kali setengah ganda keluasan Negara Singapura dengan keluasan 2 2 17km persegi. Di sampiang syarikat kecil dan sederhana, GLC seperti Khazanah Nasional dan KWSP juga terlibat dalam pelaburan di Iskandar Malaysia melalui Perbadanan Pelaburan Johor Selatan (SJIC).

Pelan pembangunan ini mengundang kepesatan pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai bidang termasuk elektrik, elektronik, petrokimia, oleokimia, pemprosesan makanan, pertanian, perkhidmatan logistik, pelancongan, perubatan, kesihatan, pendidikan, kewangan serta industri kreatif. Sejajar dengan itu jugalah maka wujud pelbagai peluang pekerjaan dan jawatan-jawatan kosong di Iskandar Malaysia.

Iskandar Malaysia melalui The Iskandar Malaysia Human Capital Network (IMHCN) menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada warga Malaysia khususnya. Berdasarkan statistik daripada IMHCN, kekosongan jawatan yang ditawarkan sehingga setakat ini adalah sebanyak 25 838, di samping pendaftaran majikan adalah sebanyak 27 209. Ini memang merupakan suatu peluang terbesar kepada pencari kerja di Malaysia.

Cara memohon:
a. Calon hendaklah melayari portal IMHCN untuk mencari jawatan kosong yang masih dibuka atau bersesuaian dengan minat dan kelayakan.

b. Permohonan mesti dibuat secara online melalui portal Jobsmalaysia.

c. Calon hendaklah mendaftarkan diri di portal Jobsmalaysia sebelum boleh membuat permohonan.

Senarai jawatan-jawatan kosong terkini di Iskandar Malaysia boleh diperolehi dengan melayari portal IMHCN di bawah:


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!