Kenaikan Pangkat Secara Time Based Seluruh Sektor Awam - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Kenaikan Pangkat Secara Time Based Seluruh Sektor Awam

Berita baik kepada semua penjawat awam! Anda bakal naik pangkat tidak lama lagi. InsyaAllah!

Time Based adalah istilah yang diguna untuk menerangkan kenaikan pangkat seseorang penjawat awam berdasarkan tempoh berkhidmat. Sebagai contoh, seorang pekerja bergred DGA29 boleh dinaikkan pangkat ke gred DGA32 selepas genap tempoh 8 tahun beliau berkhidmat.

Pada masa ini, sistem kenaikan pangkat berdasarkan tempoh berkhidmat atau Time Based ini hanya dinikmati oleh penjawat awam di sektor Pendidikan dan Kesihatan. Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengeluarkan kenyataan kepada Bernama, bahawa kerajaan sedang meneliti secara terperinci pelaksanaan perluasan kenaikan pangkat secara Time Based ini ke seluruh sektor awam.

Namun, beliau menyatakan laporan daripada Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (yang diketuai oleh Tun Zaki Tun Azmi) harus ditunggu terlebih dahulu. Sekiranya ini bukanlah khabar angin yang bertiup menyedapkan halwa telinga maka adalah dianggarkan kira-kira 1.42 juta penjawat awam di negara ini akan menikmati kaedah kenaikan pangkat secara Time Based ini.

Tambah KSn lagi, perkara ini dilaksanakan dengan mengambil kira keseimbangan hasil dan perbelanjaan negara. Sekiranya tiada aral melintang, hasil laporan itu akan dikeluarkan pada 31 Dis 2012. Sementara itu, CUEPACS menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan itu. Bahkan langkah ini memanglah dinantikan oleh semua penjawat awam di lain-lain sektor.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!