Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, baca cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Pembantu Makmal Gred C17

Sebelum kita melihat lebih lanjut beberapa panduan temuduga Pembantu Makmal Gred C17 yang akan dikongsikan, kita lihat dulu unjuran statistik berkaitan jawatan ini. SPA telah mengesahkan bahawa sepanjang tahun 2012 ini jumlah permohonan yang diterima untuk jawatan Pembantu Makmal Gred C17 adalah sebanyak 220,506. Ini merupakan suatu angka yang besar dan memberikan gambaran bahawa jawatan Pembantu Makmal Gred C17 adalah antara jawatan SPA yang amat popular dijadikan pilihan para calon. Daripada 220,506 permohonan yang diajukan itu, hanya sebanyak 1,523 calon sahaja yang cukup bertuah untuk dipanggil ke stage seterusnya yakni temuduga.

Barangkali masih ada kalangan pembaca terutama calon yang akan menduduki temuduga Pembantu Makmal Gred C17 yang agak kabur dimanakah mereka kelak akan ditempatkan sekiranya dipilih menjawat jawatan ini. Untuk makluman anda, jawatan sebagai Pembantu Makmal Gred C17 tidak ditentukan secara spesifik tempat bertugas. Biasanya akan ditempatkan dipelbagai jabatan dan kementerian kerajaan misalnya Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Kerja Raya dan sebagainya. Namun untuk sesi temuduga yang diadakan kali ini, SPA mengadakannya khas untuk Pembantu Makmal Gred C17 yang akan ditugaskan di Jabatan Kimia Malaysia.

Berikut dikongsikan 6 panduan temuduga Pembantu Makmal Gred C17:


1. Apakah tugas seorang Pembantu Makmal Gred C17?

Ini bergantung di jabatan atau kementerian mana anda bertugas kelak. Tapi biasanya, seorang Pembantu Makmal Gred C17 bertanggungjawab menjalankan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin, membantu penyelenggaraan peralatan analisis, penyediaan stok reagen dan menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.



2.Besar kemungkinan penemuduga akan bertanya soalan yang ada sangkut paut dengan Jabatan Kimia Malaysia misalnya 'apa yang kamu tahu tentang Jabatan Kimia Malaysia?' atau 'Jabatan Kimia Malaysia di bawah kementerian apa?' atau lain-lain soalan.

Untuk mempersiapkan diri andai disoal pertanyaan berkaitan Jabatan Kimia Malaysia, kami galakkan anda untuk melayari portal rasmi Jabatan Kimia Malaysia bagi mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan. Sediakan payung sebelum hujan.



3. Boleh perkenalkan diri anda?

Jangan ketawa! Percaya atau tidak, ini soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga. Di sinilah silapnya kebanyakan calon. Mereka menjawab soalan ini dengan sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Jangan jadi seperti mereka. Tunjukkan keseriusan anda dan jawablah dengan berasaskan kronologi masa. Peruntukan masa yang wajar untuk menjawab soalan ini adalah sekitar 5 minit. Jangan meleret-leret dan jangan menipu.



4. Kenapa anda memohon jawatan Pembantu Makmal Gred C17 ini?

Pertama sekali, nyatakan bahawa ini merupakan minat anda. Kaitkan tugas-tugas seorang Pembantu Makmal Gred C17 sebagai perkara yang anda sukai. Jangan lupa juga menyatakan bahawa ini merupakan peluang anda untuk menabur bakti kepada negara yang tercinta.



5. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang sesuai untuk menjadi Pembantu Makmal Gred C17?

Ini merupakan antara soalan killer yang membuat 30% - 50% calon tergamam. Tidak ada jawapan yang sesuai untuk soalan ini. Gunakan segala kreativiti anda untuk membuat satu jawapan yang paling bernas dan mampu menarik hati penemuduga. Siapkan jawapan anda awal-awal. Mana tahu nasib anda baik diajukan soalan ini.



6. Saya belum pernah menduduki temuduga dan agak gementar. Jadi saya tidak mahu membuang masa. Dimana mencari panduan temuduga paling lengkap dan menyeluruh untuk menjimatkan masa saya?

Anda boleh dapatkan panduan temuduga yang agak lengkap dan mencakupi semua aspek temuduga termasuk cara berpakaian, skema jawapan, kesilapan temuduga dan banyak lagi di Panduan Bijak Temuduga. Panduan ini tidak wajib, kami cadangkan khusus untuk mereka yang mahu menjimatkan masa dan fokus sahaja.



Demikian 6 panduan temuduga Pembantu Makmal Gred C17 yang dikongsikan kali ini. Diharapkan ia akan membantu persediaan anda sedikit sebanyak sebelum ke sesi temuduga itu nanti. Namun untuk panduan yang lebih lengkap dan komprehensif, anda mungkin boleh pertimbangkan panduan yang kami cadangkan di atas. Sampai jumpa lagi di panduan temuduga yang lain. Semoga berjaya dalam temuduga anda!

7 comments:

  1. Salam...saya dapat temuduga di putrajaya...masalahnye...saya ada degree.perlu ke bawa degree?saya harap sgt akan berjaya dlm temuduga ni sbb mmg minat kerja makmal

    ReplyDelete
  2. time kasih kerana memberi sedikit info y sgt berguna ini.

    ReplyDelete
  3. saya pun sama, ada degree tapi dapat panggilan temuduga untuk jawatan ni. macam mana ya?

    ReplyDelete
  4. Mengikut surat tawaran tu, xde tertulis untuk bawa degree memandangkan jawatan ini peringkat SPM...Saye pon kurg pasti... Better call bahagian urusetia temuduga!!

    ReplyDelete
  5. :), yg ada degree tu cari la kerja gred tinggi sikit. Yg gred 20 keatas diploma sekurang2nya kalau tak silap saya. Kalau start sama2 dengan budak2 lepasan spm apa salahnya :). Tp sayang la, sijil tinggi2 dpt kerja taraf2 orang biasa2 aja :D. Cuba search kerja2 spt pegawai2 ke. Biasanya syarat2nya sekurang2nya diploma atau mungkin degree. Cer check tengok.

    ReplyDelete
  6. Pembantu Makmal C 22Thursday, 11 July, 2013

    Perjawatan Pembantu Makmal C17 lebih banyak diperlukan di Sekolah sekolah. Boleh memohon dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

    ReplyDelete
  7. saya ad diploma teknologi makmal dgn CGPA yg agk 'kuat',tp sayangnya pemilihan menggunakan kelayakan SPM yg kurang menyerlah..sedih betul!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!