Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Pembantu Perpustakaan Gred S17

Pembantu Perpustakaan S17
Satu lagi jawatan yang berada di bawah SPA untuk proses pengambilannya ialah Pembantu Perpustakaan Gred S17. Jawatan ini termasuk di dalam kumpulan sokongan dengan gaji permulaan di P1 (RM927.03), sementara kadar kenaikan gaji tahunan adalah sebanyak RM95.00 setahun.

Sebelum itu, barangkali anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang menerbitkan iklan jawatan-jawatan kosong terkini setiap hari, di samping sering berkongsi tips-tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini. Oleh itu, kami cadangkan kepada anda agar mendaftarkan emel di ruangan yang disediakan di atas supaya anda tidak terlepas sebarang update terbaru. Prosesnya juga mudah, tidak sampai walau seminit pun.

Berbalik kepada topik, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh SPA, mereka merekodkan bilangan permohonan sebanyak 328,383 sehingga kini. Untuk temuduga Pembantu Perpustakaan Gred S17 yang akan dijalankan pada bulan Disember 2012 ini, SPA telah menghantarkan surat panggilan temuduga kepada seramai 767 calon yang bertuah. Jadi panduan temuduga Pembantu Perpustakaan Gred S17 ini khas kami kongsikan untuk pembaca yang terlibat dalam temuduga kali ini.

Berikut dikongsikan 8 panduan temuduga Pembantu Perpustakaan Gred S17:

1. Dimana saya akan ditugaskan kelak andai dilantik ke dalam jawatan ini?

Ambilan untuk temuduga kali ini tidak ditentukan oleh SPA dimanakah akan ditempatkan. Walaubagaimanapun, itu bukan persoalan utama kerana apa yang paling penting buat masa ini ialah lulus temuduga dahulu.

2. Apakah skop tugas seorang Pembantu Perpustakaan Gred S17?

Empat skop tugas utama seorang Pembantu Perpustakaan Gred S17 adalah:

- Berperanan sebagai tempat simpanan dan rujukan bahan perpustakaan.

- Berperanan sebagai pusat penyerahan hadiah dan rujukan terbitan keluaran jabatan.

- Penglibatan dalam program hadiah dan pertukaran.

- Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, termasuk pinjaman antara perpustakaan.

3. Buat rujukan lanjut berkaitan asas-asas ilmu perpustakaan, termasuklah:

- Definasi dan Konsep.
- Jenis-Jenis bahan perpustakaan.
- Jenis-jenis perpustakaan.
- Kaedah-Kaedah memperolehi bahan.

4. Anda seharusnya sudah mahir asas-asas teknologi maklumat kerana ini akan mempengaruhi fungsi anda sebagai seorang Pembantu Perpustakaan Gred S17, termasuklah:

- Word
- Excel
- Access
- Power-Point

5. Sebagai seorang Pembantu Perpustakaan Gred S17, asas pentadbiran dan perkhidmatan perpustakaan mesti anda kuasai, termasuklah:

- Perpustakaan sebagai pusat ilmu dan maklumat.

- Perkara-perkara perkhidmatan

• Surat-menyurat
• Fail-memfail
• Memelihara dan menyimpan rekod
• Jabatan dan orang-ramai

- Perkhidmatan pinjaman / pemulangan.

- Perkhidmatan rujukan.

- Promosi.

6. Lakukan kerja rumah dengan membuat bacaan lanjut berkenaan pengorganisasian dan pengaksesan katalog dan kelas, mencakupi:

- Pengenalan asas katalog.
- Tujuan dan fungsi katalog.
- Jenis-Jenis Katalog.
- Deskripsi katalog.
- Entri utama dan entri tambahan.
- Peraturan-peraturan dalam mengkatalog

7. Sediakan awal-awal jawapan terbaik dan menarik untuk soalan lazim temuduga di bawah:

- Disuruh memperkenalkan diri.

- Ditanya mengapa memilih jawatan Pembantu Perpustakaan Gred S17.

- Disoal apakah ciri yang sesuai untuk menjadi seorang Pembantu Perpustakaan Gred S17.

- Disoal kenapa anda layak diberikan jawatan ini.

8. Akhir sekali, bagi melengkapkan lagi persediaan anda, kami cadangkan anda membaca panduan temuduga sektor awam.

Panduan ini disusun khas untuk para calon yang akan menghadiri temuduga. Membekalkan pengetahuan asas dan lanjutan berkenaan sesi temuduga. Ia turut membincangkan sisi yang sering dipandang ringan di mata calon TETAPI berat di mata penemuduga seperti cara berpakaian, intonasi menjawab soalan, postur badan, body language dan banyak lagi! Panduan ini bukan wajib tetapi cukup komprehensif dan mencakupi kesemua aspek-aspek di dalam satu-satu temuduga.

Akhir kata, tolong lakukan kerja rumah dengan membuat carian dan bacaan tambahan seperti yang dicadangkan di atas. Semoga berjaya di dalam temuduga anda. InsyaAllah!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!