Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


3 Jawatan Kosong MP Dungun Bulan Mac 2013

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Dungun.

Tarikh tutup: 02 Mac 2013.

Majlis Perbandaran Dungun mempelawa warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada rakyat jati Negeri Terengganu Darul Iman yang berkelayakan untuk mengisi jawatan yang diiklankan seperti berikut:

1. Penolong Akauntan Gred W27
2. Pembantu Penguatkuasa Gred N17
3. Pemandu Kenderaan Gred R3

Cara memohon:
a. Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MPD. TR. 1 dengan harga RM1.00 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Dungun ATAU dengan menghantar sampul surat berukuran 22cm x 35cm yang bersetem dan beralamat sendiri ATAU dengan memuat turun daripada laman web : mpd.terengganu.gov.my.

b. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester yang disahkan hendaklah disertakan.

C. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:

1) Gambar berukuran ’passport’ (dilekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan) ;

2) Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan

3) Salinan Kad Pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu.

4) Salinan Sijil Persekolahan yang disahkan; dan

5) Salinan dokumen berkaitan yang disahkan

d. Borang yang telah diisi selengkapnya hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dikemukakan kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
JALAN YAHAYA AHMAD
23000 DUNGUN, TERENGGANU.

Iklan penuh jawatan kosong Majlis Perbandaran Dungun ini boleh dicapai menggunakan pautan disertakan di bawah:


Borang permohonan Majlis Perbandaran Dungun boleh dimuaturun menggunakan pautan di bawah:


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!