Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41

Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41
Panduan Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41.

Kali ini kami di Blog Tips Kerjaya nak kongsikan 4 tips  utama bagaimana calon nak lulus peperiksaan bertulis SPA untuk jawatan kosong Pegawai Penerangan Gred S41. Tips-tips ini nampak macam simple. Nampak macam main-main. Tapi memang berkesan!

Tips Lulus #1: Hadir Peperiksaan!

Anda mungkin ketawa tetapi ini hakikatnya. Mengikut data sedia ada, jika SPA memanggil 5,000 calon, yang hadir PASTI tak sampai 5,000, paling baik pun mungkin hanya sekitar 70% sahaja hadir atas sebab yang berbeza dan pelbagai.

Nah! Jika anda calon dan anda hadir peperiksaan, peluang anda lebih cerah untuk LULUS kerana ribuan lagi tidak hadir. Peluang anda!

Nota*
Exam Bertulis Pegawai Penerangan S41 kali ini diadakan pada hari Sabtu. Anda rasa berapa ramai yang tidak hadir kerana cuai, terlupa surat panggilan tidak sampai dan pelbagai lagi masalah lain? Ini peluang anda!

Tips Lulus #2: Tahu format!

Ini memang masalah utama calon, tak tahu bentuk soalan peperiksaan bertulis yang akan ditanya! Masuk exam, terkedu. Alangkah baiknya jika calon tahu bentuk, jumlah dan jenis soalan. Pasti calon menjadi lebih yakin untuk menjawab kan?

Jika anda tahu format, bukankah peluang untuk anda lulus peperiksaan bertulis Pegawai Penerangan S41 lebih besar berbanding mereka yang tak tahu format?

Tips Lulus #3: Cukup masa untuk study!

Untuk yang dah bekerja, memang ini masalah buat mereka. Anda bagaimana?

Jika anda membaca akhbar setiap hari (bukan cerita artis!), dan selalu menulis esei dan buat ujian matematik di masa lapang mesti tak ada masalah buat anda! Tahniah untuk anda! Anda punya masa / kesempatan untuk study

Anda mungkin 'senyum' pada 19 Oktober ini kerana peluang untuk anda lulus lebih tinggi!

Tips Lulus #4: Tahu apa nak study!

Banyak sangat benda nak baca, masa suntuk!

Ianya macam anda menembak ke langit dengan harapan 'terkena' burung. Berapa peratus untuk tembakan anda terkena agaknya?

Tapi alangkah bagusnya kalau anda tahu apa yang mahu dibaca dan apa yang perlu difokuskan. Mereka yang berjaya semasa peperiksaan bertulis adalah mereka yang membuat persediaan yang TEPAT sebelum menduduki peperiksaan.

Sama seperti kes ini juga, anda dengar tip ada yang menyuruh anda baca buku 'Malaysia Kita' yang sangat tebal itu. Buku itu memang bagus. Tidak dinafikan. Tapi anda nak baca semua? Kalau ada masa, kalai rajin, silakan! Tapi kenapa tidak fokus kepada beberapa bab sahaja yang berkemungkinan besar keluar? Bukankah ini lebih sesuai? Hafalan juga menjadi lebih baik.

Selain itu, soalan peperiksaan bertulis Pegawai Penerangan S41 (anjuran SPA) yang lepas ada menyentuh berkenaan 'Teknologi Hijau' dan ' Konsep 1Malaysia', adakah isu itu terdapat dalam buku 'Malaysia Kita' itu? Jawapan - tiada!

Jadi kalau begitu apa PENYELESAIANNYA?

Ambil sahaja pengalaman Infokerjaya yang dulu dikenali dengan Team Tipsptd yang telah membantu ribuan calon-calon menduduki peperiksaan bertulis anjuran SPA sejak tahun 2009

Jika anda merupakan calon untuk peperiksaan Gred 41 nanti bagi jawatan Pegawai Penerangan Gred S41, maka rujukan ini bakal membantu anda:


Pilih untuk LULUS!

Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!