2 Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

2 Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia Oktober 2013

CARE - Universiti Putra Malaysia
Jawatan Kosong di CARE, Universiti Putra Malaysia.

Tarikh tutup: 04 Oktober 2013.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, sebagai sebuah Universiti Pertanian Malaysia. Ini melalui penggabungan  antara Fakulti Pertanian, Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang.  UPM bermula dengan tiga buah fakulti: Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan.

Universiti Putra Malaysia memulakan program akademiknya pada sekitar Julai 1973 dengan jumlah mahasiswa seramai 1,559 orang.  Mereka mengikuti program Bacelor Sains Pertanian, Bacelor Sains Perhutanan, Doktor Perubatan Veterinar, Diploma Pertanian, Diploma Teknologi Rumahtangga, Diploma Sains Peternakan, Diploma Sains dengan Pendidikan dan Program Pendahuluan.

CARE - Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser, UPM - Universiti Putra Malaysia berhasrat mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi serta bercita-cita untuk berkhidmat dengan sebuah universiti yang diiktiraf sebagai universiti penyelidikan dan sedang menuju ke arah universiti bertaraf dunia untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan berikut:

01. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17
02. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

Cara memohon:

a) Calon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan jawatan kumpulan sokongan melalui pautan yang kami kongsikan di bawah.

b) Isi borang dengan lengkap, sertakan salinan sijil-sijil yang telah disahkan ke alamat berikut:

Pengarah
Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser
Aras 7, Blok Makmal A, Fakluti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
(u/p: Encik Azian Ibrahim)

c) Iklan asal jawatan kosong ini boleh dibaca dengan melihat gambar yang kami kongsikan di bawah:

Klik gambar kemudian zoom untuk paparan yang lebih besar!

d) Borang permohonan boleh dimuaturun dengan mengikuti pautan berikut:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!