Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


2 Jawatan Kosong Institut Integriti Malaysia Bulan September 2013

Institut Integriti Malaysia
Jawatan kosong IIM - Institut Integriti Malaysia.

Tarikh tutup: 22 September 2013.

Warga Malaysia (penduduk tetap sahaja) yang berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan ini adalah dipelawa untuk menyertai IIM dengan mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah:



1. Penolong Pengarah (Sektor Sosiobudaya) Gred IIM 41
2. Penolong Pengarah (Unit Korporat dan penyelerasan) Gred IIM 41

Untuk jawatan (1) di atas, calon hendaklah memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Pengurusan, Sains Sosial, Sains Politik, Pentadbiran Awam, Psikologi, Kaunseling, Pendidikan, Komunikasi Massa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.

Manakala untuk jawatan (2), calon mesti mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Mass atau Sains Kemasyarakatan dengan kepujian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang IIM-AD15 yang boleh diperoleh secara percuma daripada Institut Integriti Malaysia (IIM) atau MUAT TURUN daripada laman web IIM: www.iim.org.my.

b) Permohonan hendaklah disertakan dengan resume, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil/dokumen berkaitan dan sekeping gambar berukuran pasport (yang tidak dikembalikan).

c) Hantar permohonan yang lengkap ke alamat:

Presiden,
Institut Integriti Malaysia (IIM),
Menara Integriti, Persiaran Duta off Jalan Duta,
50480 Kuala Lumpur .

d) Catat Nama Jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul permohonan anda.

Kepada yang berminat, sila baca iklan penuh jawatan kosong IIM ini di pautan yang disediakan di bawah:


Borang permohonan boleh dicetak setelah anda muaturun daripada pautan berikut:


----------------------

P/: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk lulus! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!