Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


2 Jawatan Kosong Institut Tanah Dan Ukur Negara 2013

INSTUN
Jawatan kosong INSTUN - Institut Tanah Dan Ukur Negara.

Tarikh tutup: 20 September 2013.

Institut Ukur dan tanah negara telah ditubuhkan pada 1 Mei 1998 berikutan arahan daripada Jemaah Menteri pada 9 Julai 1997. Ketika itu, INSTUN diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Dengan tertubuhnya Institut ini, maka tugas melatih yang sebelum ini dikendalikan oleh Seksyen latihan Jabatan pemetaan dan Jabatan bagi Persekutuan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia, yang kini dikendalikan sepenuhnya oleh INSTUN.

INSTUN - Institut Tanah dan Ukur Negara  dengan ini mempelawa warganegara yang mahir, berkelayakan dan tabah untuk menyertai dengan mengisi kekosongan jawatan bertaraf pekerja sambilan harian seperti berikut:

01. Pembantu Penyediaan Makanan N17
02. Pembantu Am Pejabat Pramusaji N1

Syarat dan kelayakan:
- Untuk kedua-dua jawatan (01) dan (02) di atas, kelayakan yang diperlukan adalah warganegara, 18 tahun ke atas, SPM (lulus Bahasa Melayu termasuk ujian lisan).

Cara memohon:

a) Sila muaturun borang permohonan melalui pautan yang kami sediakan di bawah.

b) Permohonan hendaklah disertakan salinan kad pengenalan, sijil lahir, surat berhenti sekolah, SPM dan resume lengkap. Semua salinan hendaklah disahkan.

c) Borang yang telah lengkap dan salinan-salinan diperlukan hendaklah dikembalikan ke:

Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Institut Tanah dan Ukur Negara,
Behrang Ulu, 35950 Tanjung Malim,
Perak, Malaysia.
Tel: +605 454 2825
Fax: +605 454 2837
Email: pro@instun.gov.my

Iklan penuh jawatan kosong INSTUN ini boleh dimuaturun melalui pautan yang disediakan di bawah:


Download borang permohonan dan cetak melalui pautan berikut:


----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dipanggil ke temuduga kerja kerana lemah dalam penulisan reume? Anda patut tahu bagaimana untuk menulis resume kerja yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!