Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


2 Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia Bulan Oktober 2013

Kementerian Pendidikan Malaysia
Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia Oktober 2013.

Tarikh tutup: 04 Oktober 2013.

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia mulai bercambah pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam penubuhan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 adalah merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih kukuh dan jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Kini Bahagian Pendidikan Khas diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa permohonan daripada calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong seperti yang diiklankan di bawah:

01.Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41
02.Pembantu Pengurusan Murid Gred N17

Jawatan-jawatan kosong ini akan ditempatkan di Sekolah Dalam Hospital (SDH) berikut:

-Sekolah Dalam Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya

-Sekolah Dalam Hospital Hospital Selayang

-Sekolah Dalam Hospital Hospital Tuanku Jaafar, Seremban

Cara memohon:
a) Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, Blok E2
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

b) Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut berhubung permohonan ini, sila hubungi:

- 03-88849161 (Pn. Soleheh Misron), 03-88849164 (Dr. Hjh Noraini Zainal Abidin) atau 03-88849196 (Pn. Hjh. Zakiah Hanim Abd Rahman).

c) Surat siaran, kriteria permohonan, dan borang permohonan boleh didapati dengan mengikuti pautan ini:


----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja yang dihadiri? Anda patut ketahui bagaimana cara yang betul untuk menduduki sesi temuduga dengan baik dan cemerlang! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!