Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


2 Jawatan Kosong KUISAS Bulan September 2013

Jawatan Kosong KUISAS
Jawatan kosong KUISAS - Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah.

Tarikh tutup: 20 September 2013.

KUISAS - Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah sebelum ini dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR). KUISAS adalah merupakan sebuah Institut Pengajian Tinggi yang di miliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak.  Pada 13 Disember 2012 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah meluluskan naiktaraf Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) sebagai sebuah kolej Universiti dan selaras dengan kelulusan tersebut, KISDAR kini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS). Moto utama KUISAS ialah 'Rahmatan lil alamin'. Manakala Visi KUISAS ialah 'menyebarkan kesejahteraan sejagat dengan mengembalikan keagungan tradisi institusi dan ilmuan islam serta menerokai ilmu-ilmu baharu'.

KUISAS dengan sukacitanya menjemput sesiapa yang berminat dan mempunyai kelayakan untuk memohon kekosongan jawatan seperti yang diiklankan di bawah:

01. Pegawai Keselamatan (Gred KP41)
02. Pembantu Keselamatan (Gred KP17)

- Kelayakan minima untuk jawatan (01) ialah Sarjana Muda Kepujian, keutamaan calon yang mendapat CGPA 3.00 ke atas dan aktif dalam bidang kokurikulum. Tinggi 1.57m, berat 48Kg, dada ukuran 79sm (biasa) dan 84sm (menarik nafaas).

- Sementara itu, untuk jawatan (02), calon hendaklah memiliki SPM, Tinggi 1.57m, berat 48Kg, dada ukuran 79sm (biasa) dan 84sm (menarik nafaas). Lulus ujian penglihatan, pengecaman warna dan pendengaran.

Cara memohon:

a) Calon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta resume (c.v) yang lengkap dengan maklumat seperti berikut:

- Butiran Peribadi
- Butiran Untuk Dihubungi
- Kelayakan Akademik
- Pengalaman Yang Berkaitan

b) Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran pasport (tidak  dikembalikan) beserta salinan Perkara-perkara yang telah disahkan seperti berikut:

- Kad Pengenalan atau Pasport
- Sijil Kelahiran
- Sijil-sijil akademik yang berkenaan berserta transkrip (SPM atau setaraf, Ijazah Sarjana Muda)
- Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan

c) Calon-calon hendaklah mengemukakan permohonan dengan menulis surat permohonan beserta perkara di (a) dan (b) di atas ke alamat berikut:

Rektor,
Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan,
33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-7732253

Iklan penuh jawatan kosong KUISAS dan keperluan lain boleh diperolehi dengan mengikuti pautan disediakan di bawah:


----------------------

P/: Sudah banyak kali gagal dipanggil temuduga kerja kerana lemah dalam penulisan resume? Anda patut ketahui rahsia bagaimana menulis yang mantap! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!