Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


2 Jawatan Kosong MD Lipis September 2013

Kerja MD Lipis
Jawatan kosong Majlis Daerah Lipis.

Tarikh Tutup: 20 September 2013.

MD Lipis pada asalnya dikenalli sebagai Majlis Bandaran Kuala Lipis dan beroperasi sebagai sebuah Lembaga Kesihatan atau ‘Sanitary Board’ sehingga tamat Perang Dunia Kedua. Kemudiannya, ia bergerak sebagai sebuah Lembaga Bandaran sehingga tahun 1959. Pada tahun tersebut telah diadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan untuk memilih Ahli Majlis bagi mentadbir Penguasa Kerajaan Tempatan ini sehinggalah ia digantikan dengan penubuhan Majlis Daerah pada 1 Mac 1982.

Dengan penuh takzimnya MD Lipis kini mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat Negeri Pahang) yang berkelayakan dan sudah berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

01. Pembantu Am Pejabat Gred N1
02. Pekerja Awam Gred R1

Cara memohon:
a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDL.Jawat 1/01 yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Daerah Lipis atau di Laman Web: www.mdlipis.gov.my
b) Semua permohonan hendaklah lengkap dengan maklumat termasuk sekeping gambar terkini berukuran pasport iaitu 2.5sm x 3.8 sm (tidak dibenarkan gambar yang diimbas atau difotostat), salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang), sijil lahir, salinan sijil-sijil persekolahan atau salinan keputusan yang telah diperolehi.
c) Salinan-salinan yang diperlukan itu hendaklah telah disahkan.
d) Borang permohonan yang telah lengkapkan mestilah dihantar ke alamat seperti dibawah:

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Lipis
Aras 4, Bangunan Lipis Centrepoint,
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur.

Kepada yang berminat, sila baca iklan penuh jawatan MD Lipis ini di pautan yang disertakan di bawah:


Borang permohonan boleh dimuaturun melalui pautan di bawah, sila print dan lengkapkan:


----------------------

P/: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk lulus! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!