2 Jawatan kosong TNB Bulan September 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

2 Jawatan kosong TNB Bulan September 2013

Jawatan Kosong TNB
Jawatan kosong TNB - Tenaga Nasional Berhad.

Tarikh tutup: 13 dan 27 September 2013

Tenaga Nasional Berhad merupakan syarikat pembekal tenaga elektrik paling besar di Malaysia. Aset niaganya terkini adalah sekitar RM 60.0 billion. Bilangan pelanggan TNB pula lebih daripada 6 juta akaun di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Teras niaganya adalah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. TNB juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar arus elektrik ke seluruh negara. Talian ini berupaya menyalurkan sejumlah 132 kV, 275 kV dan 500 kV.

Kini TNB dengan senang hati mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengemukakan permohonan bagi menyertai organisasi mereka dengan mengisi jawatan-jawatan berikut di Tenaga Nasional Berhad:

1. Pegawai Perundangan
2. Juruteknik Tingkatan Biasa (Awam)

Cara memohon:
a) Anda perlu berdaftar sebagai pemohon di dalam sistem eMadis sekiranya anda ingin memohon kekosongan jawatan yang terpapar di atas.
b) Pendaftaran sebagai pemohon berdaftar hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Manakala permohon perlu dilakukan mengikut kekosongan yang ditawarkan menggunakan akaun pemohon berdaftar.
c) Sekiranya anda merupakan pemohon yang telah berdaftar, sila Log Masuk ke dalam sistem dan kemukakan permohonan.

Sekiranya anda berminat dengan jawatan kosong TNB ini, sila ikuti pautan di bawah untuk ke Sistem eMadis:


----------------------

P/: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk lulus! Semuanya ada dibincangkan di sini.