Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


3 Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad September 2013

Keretapi Tanah Melayu Berhad
Jawatan kosong KTMB - Keretapi Tanah Melayu Berhad.

Tarikh tutup: 23 dan 27 September 2013.

Dahulunya KTMB dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Walaupun begitu, KTM msehingga kini masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Sejarah sistem gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajahan British lagi, laluan kereta api asalnya dibina untuk mengangkut timah.

KTBM - Keretapi Tanah Melayu Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai mereka dengan mengisi mana-mana kekosongan jawatan yang diiklankan di bawah:

01. Pembantu Tadbir (Kerani Kaunter)
02. Tukang K2
03. Tukang K3

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem.

b) Permohonan yang tidak lengkap serta gagal memenuhi syarat yang telah ditetapkan tidak akan dipertimbangkan sama sekali.

c) Hanya calon-calon yang telah disenaraipendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

d) Permohonan hendaklah sampai sebelum tarikh tutup iklan ke alamat berikut:

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

Tel: 03-22631368/03-22631312

Ikuti pautan-pautan yang disediakan di bawah untuk memperolehi kelayakan yang diperlukan dan kriteria pemilihan untuk setiap jawatan yang diiklankan.


----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dipanggil ke temuduga kerja kerana lemah dalam penulisan reume? Anda patut tahu bagaimana untuk menulis resume kerja yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!