3 Jawatan kosong MPPG Bulan September 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

3 Jawatan kosong MPPG Bulan September 2013

Jawatan Kosong MPPG
Jawatan kosong MPPG - Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Tarikh tutup: 13 September 2013

Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2008 di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaaan Tempatan, 1976 (Akta 171). Kawasan tadbiran MPPG berkeluasan 311 kilometer persegi (31,132 hektar) meliputi Mukim Tiram dan sebahagian Mukim Plentong. Sejarah penubuhan MPPG ini bermula pada 1 Julai 1977 apabila Majlis Bandaran Pasir Gudang ditubuhkan melalui Pengisytiharan Warta Kerajaan Negeri Johor Jil.21 Bil 4, J.P.U. 10 bertarikh 17 Februari 1977 di bawah seksyen 3, Enakmen Lembaga Bandaran (Bil 118).

MPPG dengan sukacitanya mempelawa permohonan daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta`zim dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, berminat dan bersemangat tinggi untuk memohon jawatan seperti yang diiklankan di bawah:

1. Penolong Jurutera (Awam) J29
2. Penolong Juruaudit W27
3. Penolong Pegawai Penilaian W32

Cara memohon:
a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh diperolehi di Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada waktu Pejabat atau memuaturun borang di laman web: www.mppg.gov.my
b) Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertaikan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi tahunan.
c) Sila alamatkan permohonan lengkap anda ke:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
ARAS 19, MENARA AQABAH
JALAN BANDAR
81700 PASIR GUDANG
(U.P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

Sekirnya anda berminat, sila layari pautan di bawah untuk membaca syarat dan lain-lain keperluan permohonan:


Manakala, borang permohonan boleh dimuaturun melalui pautan yang kami kongsikan di bawah:


----------------------

P/: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk lulus! Semuanya ada dibincangkan di sini.