Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


3 Jawatan Kosong UMP Bulan September 2013

Jawatan Kosong UMP
Jawatan kosong UMP - Universiti Malaysia Pahang.

Tarikh tutup: 20 September 2013.

Latar belakang ringkas: UMP - Universiti Malaysia Pahang pada asalnya dinamakan sebagai Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP). Beroperasi di sebuah kampus kecil yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Daerah Kuantan sejak tahun 1999 lagi. Penubuhan Universiti Malaysia Pahang ini adalah hasil daripada cetusan idea PM ke-6 yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Jemaah Menteri pada 26 Jun 2001 telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah Universiti Teknikal Awam yang berasaskan kemahiran di Pahang dan dinamakan sebagai KUKTEM pada awalnya. Selepas 5 tahun beroperasi, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan penukaran nama KUKTEM kepada UMP dan mulai berkuatkuasa pada 1 Februari 2007. Dengan penukaran ini, maka lahirlah UMP yang kita kenali pada hari ini.

Kini seiring dengan perkembangan pesat UMP sebagai salah sebuah universiti yang meningkat naik di Malaysia, mereka mempelawa warganegara yang berkelayakan, berminat, gigih dan amanah untuk memikul tanggungjawab bersama mereka di UMP dengan mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan di bawah:

01.PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 (KONTRAK)
02. PENOLONG JURUTERA GRED J29 (KONTRAK)
03. PEMANDU KENDERAAN GRED R3 (KONTRAK)

- Kelayakan minima yang diperlukan untuk jawatan (01) di atas ialah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains, pertanian, perikanan, kejuruteraan atau doktor perubatan veterinar.

- Bagi jawatan (02) pula, kelayakan diperlukan adalah diploma dalam bidang kejuruteraan dan lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Manakala jawatan (03) cuma memerlukan kelayakan tamat Tahun 6 dan lesen memandu kelas (D/E/E1/E2/F/G/H/I).

Cara memohon:
a) Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP (lihat pautan di bawah).

b) Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP).

c) Permohonan yang tidak dibuat secara Online melalui laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.

d) Nyatakan jawatan yang calon mohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat.

e) Permohonan yang sudah lengkap beserta dengan salinan-salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum 27 September 2013 ini:

PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR,
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Iklan penuh termasuk kelayakan dan syarat khas jawatan kosong UMP ini boleh didownload melalui pautan berikut:


Calon yang berminat, bolehlah mengemukakan permohonan secara online melalui pautan di bawah terlebih dahulu:


----------------------

P/: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk lulus! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!