Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


4 Jawatan Kosong PDRM 2013 / 2014

Jawatan Kosong PDRM
Jawatan kosong PDRM - Polis Diraja Malaysia.

Tarikh tutup: Dibuka sepanjang masa.

PDRM - Polis Diraja Malaysia sehingga kini sudah terdiri daripada 112 145 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yakni tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat. Sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu dan yang terbaru menentang kemasukan pengganas Sulu.

Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkanke bahu pDRM oleh rakyat, ia dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan sokongan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan keamanan negara kita.

Sejarah kepolisan di Malaysia bermula dengan termaktubnya Piagam Keadilan di Pulau Pinang pada sekitar tahun 1807. Sungguhpun demikian, peranan kepolisan telah bermula lebih awal lagi, iaitu pada zaman kesultanan Melayu di mana wujudnya undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang yang wujud pada zaman kesultanan Melayu lebih menjurus kepada undang-undang adat ataupun undang-undang syariah sementara penguatkuasaan dijalankan oleh institusi Temenggong serta para hulubalangnya.

PDRM - Polis Diraja Malaysia mengalu-alukan warganegara Malaysia yang berjiwa patriotik, kental berjuang dan gigih mempertahankan negara untuk menyertai barisan pertahanan negara dengan mengisi jawatan-jawatan kosong PDRM seperti berikut:

01. Inspektor (Lelaki/Wanita)
02. Sarjan (Lelaki/Wanita)
03. Konstabel (Lelaki/Wanita)
04. Konstabel sokongan (Lelaki/Wanita)

Syarat-syarat am:

- Warganaegara Malaysia.

- Tidak memiliki kecacatan fizikal.

- Calon-calon hendaklah berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 28 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PMR / SPM / STPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana pada tarikh pendaftaran.

- Calon-calon tidak melebihi daripada umur 35 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PHD pada tarikh pendaftaran.

Untuk memastikan adakah anda layak mengemukakan permohonan, sila rujuk syarat-syarat lantikan yang diperlukan melalui pautan yang kami sediakan di bawah:


Cara memohon:

a) Permohonan adalah secara online melalui Portal Rasmi SPA.

b) Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan berikut:


Nota*
Sekirnya anda mempunyai sebarang kemusykilan berhubung permohonan jawatan PDRM ini, boleh dapatkan maklumat lanjut daripada Unit Pengambilan PDRM melalui talian berikut:

No. Tel: 03-2266 8350 atau 03-22668344 atau 03-22668347.

----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk lulus! Semuanya ada dibincangkan di sini.

3 comments:

  1. Assalamualaikum,kalau spm saya gagal boleh masuk juga ke????

    ReplyDelete
  2. Bila pengambilan ujian fizikal utk konstabal sokongan dan konstabal tahan 2014?

    ReplyDelete