Jawatan kosong Lembaga Koko Malaysia Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan kosong Lembaga Koko Malaysia Oktober 2013

Lembaga Koko Malaysia
Jawatan kosong LKM - Lembaga Koko Malaysia Oktober 2013.

Tarikh tutup: 04 Oktober 2013

LKM - Lembaga Koko Malaysia adalah sebuah agensi penyelidikan badan berkanun persekutuan yang ditempatkan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia.

LKM - Lembaga Koko Malaysia diwujudkan di bawah Akta Parlimen 343 pada tahun 1988 dan mula beroperasi sejak tahun 1989 lagi. Ojektif utama penubuhan LKM - Lembaga Koko Malaysia adalah untuk membangunkan industri koko Malaysia secara bersepadu dan kompetitif untuk pasaran global. Penekanan utama ditumpukan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan dalam pengeluaran biji koko dan meningkatkan produktiviti hiliran.

LKM - Lembaga Koko Malaysia pada ketika ini mempelawa permohonan daripada seluruh warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf sementara seperti berikut:

01. Pegawai Penyelidik Q41 / Q43 / Q47 / Q51 / Q53

Penempatan bagi Kekosongan jawatan ini ialah di:

- Bioteknologi – Pusat Penyelidikan Bioteknologi, KKIP (Proteomics) Kota Kinabalu.

- Agronomy Pusat Penyelidikan & Pembangunan (Carbon Credit) Koko, Sarawak.

- Biak Baka Pusat Penyelidikan & Pembangunan (Breeding) Koko, Madai, Tawau dan Jengka Pahang.

Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh diperolehi melalui pautan yang kami sediakan di bawah.

b) Borang permohonan jawatan kosong LKM - Lembaga Koko Malaysia yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Ijazah (termasuk transkrip keputusan peperiksaan setiap semester), sijil STPM/SPM/SRP/PMR, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (kad pengenalan, sijil lahir, dan lain-lain) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional.

c) Kembalikan borang lengkap dan dokumen diperlukan ke alamat:

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 6, WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.
(U.P: UNIT PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN)

d) Iklan asal jawatan kosong LKM - Lembaga Koko Malaysia ini boleh dicapai melalui pautan berikut:


e) Sila muaturun borang permohonan dengan mengikut pautan ini:


----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk menduduki sesi temuduga dengan baik dan cemerlang! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!