Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong Pusat Pendidikan Al-Amin Bulan Oktober 2013

Pusat Pendidikan Al-Amin
Jawatan kosong PPAA - Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad, Gombak, Selangor.

Tarikh tutup: 31 Oktober 2013.

Pusat Pendidikan Al-Amin merupakan sekolah islamik yang berada di Gombak, Selangor. Pengetua pada massa ini ialah Ustaz Mohd Hasni Mohamed.

Mereka mengalu-alukan calon Guru Fizik yang berperibadi muslim/muslimah, berdedikasi, beriman dan komited untuk menjadi sebahagian dari mereka dengan mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan di bawah:

01. Guru Fizik Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak

Syarat Kelayakan:

- Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai (minimum) Ijazah berkaitan (untuk sekolah menengah), namun calon dari aliran lain yang bersedia untuk dilatih juga akan dipertimbangkan. 

- Kemahiran berkomunikasi yang baik.

- Lelaki/ Perempuan dan tidak merokok.

- Berperibadi muslim/ muslimah.

- Warganegara Malaysia

- Memperolehi kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM/SPMV.

Faedah dan kelebihan:

- Ganjaran Persaraan,

- Subsidi Haji/Umrah,

- Elaun Perubatan,

- Sumbangan Hospitalisasi,

- Bonus Tahunan,

- Kenaikan Gaji Tahunan,

- Kemudahan Pinjaman Kakitangan Tanpa Faedah,

- Subsidi Sarapan/Makan Tengahari/Minum Petang

- dan lain-lain tertakluk kepada 'Skim Perkhidmatan PPAA'.

Cara memohon:

a) Borang permohonan yang diisi awal akan terus diproses untuk temuduga (jika berjaya disenarai pendek) dan diambil bekerja jika berjaya.

b) Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

c) Pengambilan adalah untuk kemasukan Januari 2014.

d) Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya tuan/puan tidak dihubungi selewat-lewatnya sebulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan anda tidak berjaya.

e) Sila isi borang secara online di pautan yang kami sediakan di bawah.

Iklan jawatan kosong Pusat Pendidikan Al-Amin ini boleh dilayari dengan mengikuti pautan ini:


Borang permohonan secara online boleh diisi dengan mengikuti pautan ini:


----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk lulus! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!