Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2013

Jawatan Kosong TUDM 2013
Jawatan Kosong TUDM - Tentera Udara Diraja Malaysia 2013.

Tarikh tutup: 04 September - 05 Oktober 2013.

Sejarah awal TUDM - Tentera Udara Diraja Malaysia bermula apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin, 2 Jun 1958. Semasa ditubuhkan TUDM dikenali sebagai TUDP atau “Tentera Udara Diraja Persekutuan“.

Sekumpulan pegawai dan anggota yang menjadi perintis awal Tentera Udara Diraja Persekutuan sebenarnya ditukarkan daripada Tentera Udara Diraja British. Ini berlaku pada bulan November 1958. Mereka yang menjadi tenaga penggerak organisasi TUDM ialah Pegawai Penerbangan Li Heng Lip, Sarjan Subramaniam, Koperal Razi Osman, Koperal Othman Mohd Ismail, Koperal Wan Said, Koperal J D Pasley, Koperal Mahevan, Senior Aircraftsman (SAC) Surindran, Senior Aircraftsman Md Noor, Senior Aircraftsman Zainal Abidin, Senior Aircraftsman Mohd Hussain dan Junior Technician (JT) Ismail Arifin.

Sebagai turus angkatan yang masih muda, tugasan awal yang diamanahkan kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada ketika itu ialah untuk memberikan perkhidmatan perhubungan melalui udara dan membantu pasukan keselamatan menjalankan operasi memerangi komunis yang sedang mengancam keamanan negara. Dengan tertubuhnya Persukutuan Malaysia pada 16 September 1963, nama TUDP telah ditukar kepada “Tentera Udara Diraja Malaysia” atau lebih dikenali sebagai TUDM kini.

TUDM - Tentera Udara Diraja Malaysia mempelawa wargenegara Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyertai TUDM sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Calon yang berminat, berdedikasi serta mempunyai kelayakan yang diperlukan adalah dijemput untuk menghadiri sesi pemilihan awal bagi jawatan kosong diiklankan di bawah:

01. Perajurit Muda (Lelaki Sahaja) TUDM Siri 50/14 - Zon Semenanjung.

Kelayakan akademik:

- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan dengan Kredit dalam subjek Bahasa Malayu, Matematik, Sains atau satu daripada subjek Sains serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris: atau

- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Dua (2) dalam bidang ketukangan yang berkenaan.

Syarat-syarat lain:

- Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota. Penglihatan baik (tanpa kaca mata) dan tidak kabur warna.

- Tinggi: 1.62 m, Berat: 47.5 kg, BMI: 18-25 dan Ukuran Dada: 76cm.

PERINGATAN PENTING:

- Calon yang berminat dikehendaki membuat pra-pendaftaran melalui Laman Web JobsMalaysia terlebih dahulu. Calon yang terpilih akan dihubungi untuk menjalani Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM.

Pertanyaan dan maklumat lanjut:

- Sila gunakan alamat dan nombor telefon yang kami kongsikan di bawah ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jitu:

MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN
TINGKAT 7, MENARA TH SELBORN
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR

TEL: 03 – 2681 2412 atau 03 – 2681 2413 atau 03 – 2681 2414.

Untuk lebih lengkap lagi berkenaan jawatan kosong TUDM ini, termasuk pakaian semasa hadir, lokasi pemilihan, jadual penuh sesi pemilihan serta dokumen diperlukan. Sila klik gambar iklan asal Pemilihan Awal TUDM di bawah:


Klik dan zoom untuk paparan yang lebih jelas

----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk menduduki sesi temuduga dengan baik dan cemerlang! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!