Jawatan kosong Universiti Sains Islam Malaysia Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan kosong Universiti Sains Islam Malaysia Oktober 2013

Jawatan kosong Universiti Sains Islam Malaysia
Jawatan kosong Universiti Sains Islam Malaysia Oktober 2013.

Tarikh tutup: 01 Oktober 2013

USIM - Universiti Sains Islam Malaysia merupakan Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dan merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-12.

USIM - Universiti Sains Islam Malaysia ditubuhkan untuk memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan ICT dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. USIM - Universiti Sains Islam Malaysia amat menumpukan penguasaan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris di samping Bahasa Melayu.

Pusat Pengurusan Penyelidikan, USIM - Universiti Sains Islam Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf sambilan berikut:

01. Pembantu Pengawas Peperiksaan

Cara memohon:

a) Tempoh perkhidmatan diperlukan: 17 hingga 30 Oktober 2013.

b) Syarat-syarat pengambilan adalah seperti berikut:

-Warganegara: Malaysia

-Agama: Islam

-Umur: 18 hingga 28 tahun sahaja

-Kelayakan akademik: SPM (Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia).

c) Borang permohonan jawatan kosong USIM - Universiti Sains Islam Malaysia ini boleh didapati sendiri di:

Pusat Tamhidi
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan

d) Peringatan lain:

-Pelajar/Pelajar lepasan USIM tidak dibenarkan memohon.

-Wanita yang sedang mengandung juga tidak dibenarkan memohon.

-Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

-Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.

-Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang tinggal berdekatan dengan Kampus Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai dan mempunyai kenderaan sendiri.

-Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 9 Oktober 2013 adalah dianggap tidak berjaya.

-Bayaran elaun adalah sebanyak RM 49.37 bagi setiap hari bekerja.

-Makanan dan minuman disediakan.

e) Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian : 06-798 7011 / 06-798 7020

f) Iklan asal jawatan kosong USIM - Universiti Sains Islam Malaysia ini boleh dicapai menggunakan pautan berikut:


----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk menduduki sesi temuduga dengan baik dan cemerlang! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!