Panduan Temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred N41 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Panduan Temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred N41

Panduan Temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred N41

Panduan Temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred N41 | Sebelum kita ke panduan temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred N41 yang akan dibincangkan sebentar lagi. Kita teliti dahulu statistik pengambilan yang dikeluarkan oleh pihak SPA berhubung jawatan ini. Sehingga kini, bilangan permohonan yang telah diterima untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred N41 adalah sebanyak 40 135. Bilangan individu yang dipanggil ke sesi temuduga untuk ambilan kali ini adalah seramai 12 104 orang. Dukacita dimaklumkan, bilangan tempat kosong yang ditawarkan cuma 38 posisi sahaja. Kalau nasib baik. Kalau tidak, mungkin anda berpeluang menjadi calon simpanan di antara 110 tempat itu.

Seperti yang anda sedia maklum, pada kali ini SPA mengadakan temuduga bagi pengambilan untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Sesi temuduga akan diadakan pada 04 Januari 2015 - 09 Januari 2015. Memandangkan sesi temuduga ini diadakan berserentak dengan sesi temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27, besar kemungkinan pengambilan kali ini adalah bertujuan untuk persediaan kerajaan bagi pelaksanaan GST yang dijangka akan dikuatkuasakan pada April 2015.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner




Sehubungan itu, sukalah pihak kami mencadangkan anda membuat persiapan lebih bagi menghadapai soalan-soalan temuduga yang berkaitan dengan GST dan pelaksanaannya. Tidak dijamin keluar, tetapi kemungkinannya untuk keluar dalam temuduga kali ini adalah setinggi 71%. Jangan sia-siakan peluang anda dengan mengabaikan topik mustahak ini!

Ini sekadar perkongsian maklumat sahaja. Tidak semestinya apa yang dinyatakan di bawah akan ditanya semasa sesi temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred N41 itu nanti. Ia lebih kepada soalan ramalan sahaja. Jadi dengan itu anda simpan dalam ingatan, maka berikut dikongsikan beberapa panduan temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred N41:

1. Dimana calon Pegawai Penguatkuasa Gred N41 yang berjaya akan ditempatkan?

Biasanya, Pegawai Penguatkuasa Gred N41 akan ditempatkan di agensi kerajaan yang utama yakni:

a) Jabatan Pengangkutan jalan.
b) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

2. Sekiranya saya ditemuduga untuk ambilan SPA Pegawai Penguatkuasa Gred N41 bagi JPJ, apakah soalan yang mungkin bakal ditanya berkaitan JPJ?

Paling popular, anda akan ditanya mengenai nama Menteri Pengangkutan, nama ketua pengarah JPJ, isu panas semasa berkaitan jalan raya (misalnya berita terbaharu yang sedang rancak diperkatakan) dan kemungkinan besar topik berkaitan hala tuju semasa negara seperti NKRA. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan JPJ, anda boleh ke Laman Rasmi JPJ.

3. Bagaimana pula sekiranya saya ditemuduga untuk ambilan SPA Pegawai Penguatkuasa Gred N41 bagi KPDNKK, apakah soalan yang mungkin bakal ditanya berkaitan KPDNKK?

Soalannya sahaja lebih kurang seperti di atas. Cuma luaskan bacaan anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan KPDNKK, anda boleh ke Laman Rasmi KPDNKK.

4. Sebenarnya, apakah tugas seorang Pegawai Penguatkuasa Gred N41 ini?

Secara amnya, seorang Pegawai Penguatkuasa Gred N41 ertanggungjawab menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan. Di kementerian lain, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan misalnya, Pegawai Penguatkuasa Gred N41 Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.

5. Apa lagi soalan lain yang mungkin bakal ditanya kelak?

Antara soalan lazim temuduga (yang wajib disoal) adalah:

- Sila kenalkan diri anda secara ringkas?

- Kenapa anda ingin bekerja dengan kerajaan, sedangkan gaji di sektor swasta lebih tinggi?

- Bagaimanakah anda boleh memberi sumbangan kepada negara sekiranya dipilih untuk jawatan ini?

Peringatan:

a) Untuk jawatan 'pengurusan dan profesional' seperti Pegawai Penguatkuasa Gred N41 ini, kemungkinan adalah tinggi untuk penemuduga menyoal calon menggunakan bahasa Inggeris. Ia memang sering terjadi. Jadi siapkanlah diri anda dengan penguasaan perbualan bahasa Inggeris sedari sekarang!

b) Penemuduga bukan setakat melihat kelayakan akademik anda, kerana ada ramai calon lain yang lebih cemerlang keputusannya. Dalam mana-mana sesi temuduga kerajaan, penilaian calon lebih kepada sahsiah, etika, pemakaian, komunikasi dan kesesuaian untuk jawatan berkenaan. Perkemaskan diri anda dengan rujukan tambahan menghadapi sesi temuduga ini.

c) Calon dikehendaki membawa resume yang dikemaskini semasa menghadiri temuduga untuk tatapan penemuduga. Sudahkah anda siapkan resume diri yang bagus dan menarik hati penemuduga? Kalau belum, dapatkan template resume yang baik melalui panduan di (b) di atas.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!