Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Semakan Keputusan Permohonan UPU

Keputusan Permohonan UPU
Berikut lima saluran utama semakan keputusan permohonan UPU bagi kemasukan ke IPTA / Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM / Lepasan STPM / Matrik / Asasi / STAM / Diploma / Setaraf:

>> Saluran 1: Lembah Klang

Untuk yang belum mengisi UPU Online, anda boleh berbuat demikian dengan melayari laman rasmi kemasukan ke IPTA, Politeknik dan ILKA di pautan di bawah:


Sebelum itu, barangkali ada di antara pembaca yang merupakan calon SPM tahun 2013 ini. Jadi pastikan anda memenuhi syarat am di bawah sebelum membuat permohonan UPU online:

1. Warganegara Malaysia; dan

2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

Bagi pembaca yang bakal menduduki STPM pula, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat am di bawah:

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai; dan

2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya;

a) Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan
b) Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.

3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Sedikit info tambahan, berikut adalah program yang dikhaskan untuk Bumiputera sahaja:

- Semua program Asasi di UIAM;
- Semua program Asasi Sains di UM;
- Semua program pengajian di UiTM; dan
- Semua program Asasi di UNIMAS

----------------------

P/: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk lulus! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!