Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Senarai Karnival-Karnival Kerjaya Sepanjang Bulan September 2013

Senarai Karnival Kerjaya 2013
Senarai karnival kerjaya bulan September 2013.

Karnival kerjaya boleh dikatakan 'syurga pencari kerja'. Karnival kerjaya merupakan salah satu daripada peluang keemasan yang hadir bersama pelbagai keistimewaan.

Biasanya karnival kerjaya diisi dengan temuduga, klinik Kerjaya, pameran dan bengkel-bengkel berfaedah. Paling penting, banyak agensi dan syarikat yang turut bekerjasama dengan penganjur karnival kerjaya. Ini memang peluang yang tidak boleh dilepaskan. Jadi berikut adalah senarai karnival kerjaya yang akan diadakan bagi sepanjang bulan Sptember 2013 ini. Sekiranya anda berada berhampiran lokasi yang disebutkan, ringan-ringankan langkah menuju ke sana. Siapa tahu rezeki anda sedang menanti!



01. Karnival Kerjaya Azam Kerja

Karnival Kerjaya Azam Kerja Anjuran Pusat Jobsmalaysia Seremban, Negeri Sembilan

Tarikh : 21 September 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 ptg
Tempat : Giant Superstore, Kuala Pilah

Aktiviti:
- Temuduga Terbuka
- Klinik Kerjaya

Keterangan lanjut hubungi:
Pusat JobsMaslaysia (JMC) Seremban di talian: 06-7623796



02. Program Temuduga Terbuka Sempena Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2013

Tarikh : 26 – 29 September 2013 (Khamis-Ahad)
Masa : 10.00 pagi &ndash 6.00 ptg
Tempat : Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)

Aktiviti:
- Temuduga Terbuka
- Klinik Kerjaya
- Pendaftaran online JobsMalaysia
- Pameran Kerjaya

Keterangan lanjut hubungi:
Pusat JobsMaslaysia(JMC) Cyberjaya di talian: 03-8320 2713



03. Karnival Kerjaya Azam Kerja 1Malaysia

Karnival Kerjaya Azam Kerja 1Malaysia ini adalah Anjuran Pejabat Tenaga Kerja Georgetown dengan kerjasama Belia 4B Pulau Pinang.

Tarikh : 29 September 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi &ndash 4.00 ptg
Tempat : One Precinct Bayan Baru, Pulau Pinang (Belakang Sunshine Bayan Baru).
Penyertaan Majikan : 30 syarikat

Aktiviti:
- Temuduga Terbuka
- Klinik Kerjaya

Keterangan lanjut hubungi:
Pejabat Tenaga Kerja Georgetown, Pulau Pinang di talian: 04-261 3324/04-263 2087



04. Program Karnival Kerjaya & Night Career Fair

Program Karnival Kerjaya & Night Career Fair Anjuran Pejabat Tenaga Kerja Kulim Kedah.

Tarikh : 22 September 2013 ( Ahad )
Tempat : Kulim Inn, Jalan Bukit Kulim, Kulim Kedah
Masa : 12 tengahari – 8 malam



05. BN Youth Job Fair 2013

Tarikh :27 - 29 September 2013
Tempat : PWTC, Tun Razak 1
Masa : 10 pg -6 ptg

Keterangan lanjut hubungi:
+603-2166 7288 / +6012-7899 554 atau emel: susan@bnyouthjobfair.my

----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk lulus! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!