Temuduga Terbuka Perbadanan Aset Keretapi 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Temuduga Terbuka Perbadanan Aset Keretapi 2013

Temuduga Terbuka Perbadanan Aset Keretapi
Temuduga Terbuka PAK - Perbadanan Aset Keretapi 2013.

Tarikh temuduga: 23 hingga 25 September 2013.

PAK - Perbadanan Aset Keretapi adalah sebuah badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. PAK - Perbadanan Aset Keretapi telah ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463), dan berkuatkuasa secara rasmi sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 dan kemudiannya telah diwartakan di bawah Jumlah 36 No: 13 pada 30hb Julai 1992. PAK - Perbadanan Aset Keretapi beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 1992. Bersama-sama dengan penubuhan PAK - Perbadanan Aset Keretapi, Keretapi Tanah Melayu (KTM), sebuah syarikat awam yang wujud sejak tahun 1894 dan secara rasminya dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

PAK - Perbadanan Aset Keretapi dengan sukacitanya mempelawa calon-calon yang berminat untuk menghadirkan diri ke temuduga terbuka mereka untuk mengambilan pekerja bertaraf Pekerja Sambilan Harian (PSH) seperti pada ketetapan berikut:

Masa temuduga:
Sesi Pagi - 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Sesi Petang - 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Tempat temuduga terbuka: 
Bilik Perbincangan Aras G, Perbadanan Aset Keretapi.

Kadar Upah: 
RM54 sehari - kelulusan SPM
RM72 sehari - kelulusan STPM/Diploma
RM100 sehari - kelulusan ijazah sarjana muda

Tempoh Perkhidmatan: 
3 bulan (dengan opsyen penyambungan 3 bulan, jika perlu)

Pengkhususan:
-Pentadbiran
-Kewangan
-Teknologi maklumat
-Pembangunan hartanah
-Pengurusan hartanah
-Undang-undang
-Komunikasi korporat

Sila bawa dokumen asal dan salinan bagi perkara-perkara berikut:
-Kad pengenalan
-Sijil kelahiran
-Lesen memandu
-Sijil akademik
-Sijil aktiviti ko-kurikulum
-Sijil kemahiran
-Dokumen lain yang berkaitan

Iklan asal temuduga terbuka PAK - Perbadanan Aset Keretapi ini boleh dicapai melalui pautan yang kami sertakan di bawah:


----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk lulus! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!