Temuduga Terbuka Tentera Darat Malaysia 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Temuduga Terbuka Tentera Darat Malaysia 2013

Temuduga Terbuka Tentera Darat Malaysia
Temuduga Terbuka (TDM) Tentera Darat Malaysia 2013.

Tarikh temuduga: Sepanjang tahun 2013.

Sejarah awal TDM - Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu. Usaha ini sebenarnya bermula semenjak tahun 1902 lagi. Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan dalam usaha mewujudkan pasukan pertanahan ini. Dalam tahun 1913, Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah), Almarhum DYMM Sultan Perak (Sultan Alang Iskandar Shah), Almarhum Raja Di Hilir Perak (Raja Sir Chulan) dan Allahyarham Undang Rembau (Datuk Abdullah bin Haji Damad) telah menyuarakan hasrat untuk menubuhkan pasukan Askar Melayu.

Hasrat Raja-Raja ini akhirnya telah bertukar menjadi kenyataan apabila di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang No. 11.

Bagi menyahut seruan untuk mempertahankan ibu pertiwi melalui Undang-Undang No. 11, lebih dari 1,000 anak muda Melayu telah tampil dari seluruh pelusuk Tanah Melayu untuk menawarkan khidmat mereka. Namun, hanya 25 orang sahaja yang berjaya dipilih sebagai pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Pasukan awal ini telah diarah untuk melapor diri ke Haig Lines (sekarang IPDA), Port Dickson untuk memulakan latihan ketenteraan mereka pada 01 Mac 1933.

Tentera Darat Malaysia mempelawa warganegara yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki / Wanita. Temuduga ini akan diadakan di seluruh negara pada tarikh-tarikh dan lokasi-lokasi tertentu.

Tentera Darat Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi temuduga terbuka bagi jawatan kosong di bawah:

01. Temuduga terbuka pemilihan awal perajurit muda lelaki / wanita.

Sekiranya anda:

- Berumur 18 tahun ke atas.
- Bujang (bagi wanita).
- Tiada kes mahkamah / kes jenayah.
- Sihat dan tidak cacat anggota.
- Tinggi minima 1.62m (lelaki) / 1.57m (wanita).
- Berat minima 47.5kg (lelaki) / 44.5kg (wanita).
- BMI 18 hingga 25.
- Dada 76sm (biassa) dan 81sm (kembang).
- Kepujian BM, Math & mana-mana subjek Sains dalam SPM.
- Dan lulus BI peringkat SPM.

Maka anda adalah dijemput untuk menghadiri sesi temuduga terbuka Tentera Darat Malaysia di pusat-pusat pemilihan!

Nota*
Calon yang berjaya akan dipanggil ke sesi pemilihan akhir perajurit muda lelaki siri 174/2014 dan sesi pemilihan akhir perajurit muda wanita siri 36/2014. Seterusnya akan menjalani latihan asas ketenteraan selama 6 bulan di PUSASDA Negeri Sembilan yang dijadualkan pada bulan Mac/April 2013.

Untuk melihat iklan penuh temuduga terbuka TDM ini termasuk kelayakan tambahan, dokumen diperlukan, kemudahan dan keistimewaan, ikuti pautan yang kami sediakan di bawah:


----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk LULUS! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!