17 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Seberang Perai 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

17 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Seberang Perai 2013

Majlis Perbandaran Seberang Perai
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Seberang Perai 2013 / 2014.

Tarikh tutup: Terbuka.

MPSP - Majlis Perbandaran Seberang Perai ialah pihak berkuasa tempatan untuk kawasan Seberang Perai. Ia merupakan sebahagian daripada negeri Pulau Pinang. Luas kawasan Seberang Perai adalah sekitar 738.41 kilometer persegi.

MPSP - Majlis Perbandaran Seberang Perai pada mulanya dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan sehingga pada 15 Disember 1976, melalui pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan telah dinaikkan taraf menjadi Majlis Perbandaran.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada penduduk negeri Pulau Pinang bagi mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah:

01. JURUTERA AWAM
02. JURUTERA MEKANIKAL
03. PEGAWAI TADBIR
04. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
05. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
06. PENOLONG AKAUNTAN
07. JURUTEKNIK MEKANIKAL
08. PEMBANTU VETERINAR
09. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
10. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
11. TUKANG K2 (MEKANIK)
12. TUKANG K2 (JURUKIMPAL)
13. PEMANDU KENDERAAN
14. PEKERJA AWAM
15. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA
16. PENOLONG JURUAUDIT
17. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN

cara memohon:

a) Semua permohonan hanya boleh dibuat secara ‘online’ melalui laman web e-Jawatan MPSP yang disertakan di bawah:


b) Permohonan secara ‘online’ tidak memerlukan sebarang muat naik dokumen tetapi diperlukan apabila pemohon yang berjaya dipanggil temuduga.

c) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:

- Permohonan tidak dibuat secara ‘online’;

- Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

- Permohonan tidak lengkap.

d) Senarai penuh jawatan kosong MPSP dan syarat kelayakan bagi setiap jawatan di atas boleh disemak menggunakan pautan ini:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!