Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


2 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Oktober 2013

Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah 2013.

Tarikh tutup: 21 Oktober 2013.

Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah merupakan majlis berkuasa tempatan di daerah Johor Bahru, Johor yang ditubuhkan pada tahun 1953. Bermula daripada sebuah pusat pentadbiran kecil, majlis tempatan ini kini telah diisytiharkan sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan bertaraf perbandaran. Keluasan Johor Bahru Tengah sebelum ini ialah 303.5 kilometer persegi, selepas perbandaran ialah 338.5 kilometer persegi.

Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah mempelawa calon daripada warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM untuk mengisi jawatan kosong berikut:

01. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J41
02. Penolong Pegawai Penilaian Gred W27

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah secara on-line melalui laman web e-Jawatan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah di bawah:


b) Hanya calon-calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi adalah tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tertanggung atas calon-calon sendiri.

c) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 2 minggu dari tarikh temuduga dianggap tidak berjaya.

d) Iklan asal jawatan kosong Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah ini boleh dibaca melalui pautan ini:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!